PELAKON dan pengacara Raja Azura kagum apabila melihat anak-anaknya berjaya ke menara gading hasil titik peluh sendiri.
Mengimbas pengorbanannya, Raja Azura atau Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata dia menanggung sepenuhnya kos pengajian anak-anak tanpa menggunakan pinjaman pelajaran kerana tidak mahu mereka terbeban dengan hutang selepas tamat pengajian.
“Anak-anak saya tak ambil pinjaman, semua saya bayar sendiri. Saya tak nak mereka habis belajar tapi kena tanggung hutang.
Raja Azura pentingkan pendidikan anak-anak.
“Selagi saya mampu bekerja, saya akan teruskan bayar yuran. Kalau boleh sampai peringkat master pun saya sokong sebab ilmu itu sangat penting,” katanya kepada mStar.
Menurut Raja Azura, melihat anak-anak mengenakan jubah konvokesyen memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan kerana segala penat lelah membesarkan mereka seorang diri akhirnya terbayar.
“Bila anak pakai jubah, Allah saja tahu perasaan saya. Dia beri kekuatan untuk saya jadi ibu yang cekal.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun bercerai, Raja Azura tuntut nafkah anak… “Saya tak mahu bergaduh dengan bekas suami”
ARTIKEL BERKAITAN: Tugas sebagai ibu belum selesai, Raja Azura bimbang anak-anak tersalah langkah
“Saya bangga dapat melangkah empat kali lagi ke dewan canselor UiTM untuk meraikan kejayaan mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Azura berkata fokus utamanya tetap pada anak-anak walaupun sering ditanya soal mencari pasangan hidup.
“Saya tak pilih untuk cari pasangan. Hidup saya hanya di rumah dan ke mana-mana pun dengan anak-anak.
Anak-anak saya tak ambil pinjaman, semua saya bayar sendiri.
RAJA AZURA
PELAKON DAN PENGACARA
“Cinta dan kasih sayang saya semuanya untuk mereka. Saya sanggup buang rasa marah, benci dan kecewa demi nak membesarkan anak-anak dengan ikhlas,” jelasnya.
Untuk rekod, Raja Azura pernah mendirikan rumah tangga dengan Adzmin Osman pada tahun 2001, namun mereka bercerai pada 28 September 2010.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube