suria

Rita Rudaini sokong Raja Azura, sindir bapa cari darah daging bila dah sakit… “Kalau anak tak peduli tuduh mak yang hasut”

Rita sokong tindakan Raja Azura.

PELAKON Rita Rudaini tampil memberi sokongan terhadap tindakan aktres Raja Azura yang mahu menuntut nafkah anak-anaknya meskipun sudah 15 tahun bercerai. 

Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, nafkah anak bukanlah isu yang boleh dipandang ringan, sebaliknya satu bentuk tanggungjawab.

"Saya sokong penuh. Nafkah anak bukan soal masa tapi soal tanggungjawab dan tanggungjawab tak pernah luput. 

Rita turut membesarkan anak-anaknya secara sendirian.

"Benda macam ni tak pernah ada kesudahan. Berhabis duit turun naik mahkamah tapi tiada apa-apa yang berlaku. 

"Akhirnya kami ibu tunggal ini tetap kena teruskan. Tapi hutang tetap hutang," katanya. 

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Rita juga turut menyentuh isu kesedaran jangka panjang apabila ada bapa yang mula mendekati anak-anak semula hanya apabila usia dan kesihatan mereka semakin merundum. 

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila hati anak dah tertutup, bukan sebab dijauhkan tetapi pernah dibiarkan” - Rita Rudaini

ARTIKEL BERKAITAN:Raja Azura minta bekas suami tampilkan diri, rayu bertanggungjawab lunas nafkah anak-anak

"Nanti dah tua, dah sakit, sibuk nak salamlah, nak peluklah, nak minta duit dekat anaklah. 

"Lepas tu kalau anak tak peduli, tuduh mak hasutlah, anak derhakalah. Memalukan sungguh," ujarnya.

Sebelum ini, Raja Azura memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

Kata Raja Azura, dia tiada niat untuk mencari perbalahan sebaliknya hanya ingin memastikan anak-anak mendapat hak yang sudah lama dilupakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain