BAKAL pengantin baharu, penyanyi Amira Othman menarik perhatian ramai apabila bacaannya di majlis khatam al-Quran yang berlangsung pada pagi Ahad mendapat pujian ramai.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok [Tonton video], rata-rata netizen terkesima mendengar alunan merdu bacaan ayat suci al-Quran yang dilantunkan oleh penyanyi berkenaan.
"Masya-Allah sedap alunan suara Amira. Moga Amira sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah.
Alunan bacaan al-Quran Amira mendapat pujian ramai.
"Sedap weh suara dia (Amira), berlemak. Macam mana nak terangkan eh tapi sedap.
"Ini barulah 'high class', serba boleh (mengaji), tulis netizen.
Acara khatam al-Quran yang disiarkan secara langsung menerusi sesi 'live update' di Unifi TV turut dipimpin oleh Ustazah Asni Mansor yang memberi perkongsian tentang kitab suci tersebut selain mengalunkan selawat kepada Rasullah SAW.
ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman titip ucapan istimewa sempena hari lahir bakal suami
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin lamar Amira Othman, bakal nikah Ahad ini - "Daripada rakan sekerja ke rakan serumah”
Penampilan Amira yang menggayakan jubah rona beige itu dilihat sopan dan manis sekali gus menyerlahkan lagi keayuan penyanyi berkenaan.
Antara rakan artis yang dilihat hadir ke majlis khatam al-Quran itu termasuk Datin Paduka Umie Aida, Ika Nabella dan Betty Rahmad.
Pada 8 September lalu, pelakon Fattah Amin mengumumkan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September.
Majlis ijab kabul pasangan ini akan disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV pada pukul 8 malam.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube