suria

Hampir terlupa nak jadi pengantin, Amira Othman harap majlis pernikahan berjalan lancar

Amira terlihat berseri semasa majlis khatam al-Quran.

BEBERAPA jam sebelum bergelar isteri, penyanyi Amira Othman hampir terlupa dirinya bakal menjadi raja sehari bersama jejaka pilihan hatinya iaitu pelakon Fattah Amin pada malam Ahad.

Amira atau Nadia Amira Othman, 32, berkata dia terlalu sibuk dengan pelbagai urusan persiapan majlis pernikahannya sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas.

"Saya terlupa pula malam ini nak jadi pengantin sebab hujung-hujung ini kelam-kabut tapi mungkin nervous kejap lagi datang ketika nak masuk dewan, harapnya semua berjalan lancar.

Amira ketika ditanya mengenai perasaannya yang bakal bergelar pengantin.

"Saya pun harap yang baik-baik dan terima kasih kepada tetemu yang datang dari jauh, harap gembira dan kenyang," katanya.

Amira berkongsi perkara itu ketika ditemu bual secara siaran langsung oleh pengacara Unifi di TikTok pada pagi Ahad. 

Dalam pada itu, Amira turut berkongsi rasa terujanya apabila majlis Khatam al-Quran yang berlangsung pada pagi Ahad berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berbaki beberapa jam sebelum bergelar isteri Fattah Amin, alunan merdu bacaan al-Quran Amira Othman curi perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman titip ucapan istimewa sempena hari lahir bakal suami

Jelasnya, acara berkenaan sudah lama diimpikan dan bersyukur apabila berpeluang melaksanakannya bersama orang ramai.

"Khatam al- Quran ini sudah lama saya nak buat dan saya mengimpikan jika ada kesempatan rezeki bernikah Alhamdulillah termakbul hari ini.

"Saya harap keberkatan majlis khatam ini kita tahu banyak malaikat turun doa mudah mudahan mengiringi kita semua," katanya lagi.

Pada 8 September lalu, pelakon Fattah Amin mengumumkan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain