suria

Netizen teruja nak lihat Fatima di majlis pernikahan Fattah Amin, Amira Othman

Foto Fattah dakap Fatima dapat perhatian peminat.

PUTERI kesayangan pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya dikhabarkan bakal menyaksikan detik istimewa apabila bapanya itu akan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Amira Othman pada Ahad di Sepang, Selangor.

Khabar tersebut semakin kuat selepas Fattah berkongsi sekeping foto di Instagram memaparkan dirinya bersama Fatima. 

Dalam perkongsian itu, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat mesra mencium pipi bapanya.

Fatima dipercayai bakal menghadiri majlis pernikahan ayahnya.

Momen berkenaan mengundang perhatian ramai apabila rata-rata netizen teruja melihat Fatima dalam dakapan bapanya.

Malah mereka juga tidak sabar untuk melihat gelagat Fatima di hari bahagia bapanya.

"MasyaAllah Alhamdulillah Fatima ada. Tak sabar nak tengok Fatima dekat majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir terlupa nak jadi pengantin, Amira Othman harap majlis pernikahan berjalan lancar

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Berbaki beberapa jam sebelum bergelar isteri Fattah Amin, alunan merdu bacaan al-Quran Amira Othman curi perhatian

"Moga daddy jaga Fatima sama-sama dengan Mama/ umi Mira ya. Cepat dapatkan adik.

"Yeah Fatima ada dengan daddy, semoga majlis ijab kabul Fattah dan Amira dipermudahkan dan diberkati

"Fatima jangan risau, ibu tiri awak wanita solehah dan awak ada dua ibu yang baik," antara komen netizen.

Peminat teruja lihat Fatima dalam pelukan Fattah.

Pada 8 September lalu, Fattah mengumumkan dia dan Amira bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September. 

Untuk rekod, Fattah pernah berkahwin dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 dan berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia empat tahun, Nur Fatima Aisya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain