suria

Lagu Inggeris bawa tuah buat Daiyan Trisha... “Kali pertama rasa dihargai sebagai penyanyi”

Daiyan memenangi kategori Lagu Inggeris Terbaik di AIM24.

SEKIAN lama bergiat aktif dalam bidang muzik, Daiyan Trisha akhirnya rasa dihargai sebagai penyanyi selepas berjaya menggenggam trofi Lagu Inggeris Terbaik menerusi lagu My Home Is In Your Arms di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24). 

Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu titik penting untuk membuktikan dirinya layak berada dalam industri muzik tanah air.

Bakat penulisan lagu dimiliki Daiyan diiktiraf di AIM24.

"Saya akhirnya dapat buktikan pada diri sendiri dan dapat buat keluarga serta peminat bangga dengan saya. 

"Kali pertama rasa dihargai sebagai seorang penyanyi. Sebelum ini mungkin orang tak berapa dengar lagu saya lebih-lebih lagi saya menulis lagu bahasa Inggeris. Kalau tulis lagu bahasa Melayu mungkin tak kena dengan minat pendengar. 

"Bila saya diberikan anugerah ini saya rasa sangat dihargai. Rasa macam bakat saya dipandang," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘dipetik’ jadi isteri keempat VVIP, Daiyan Trisha hanya mampu ketawa

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi umrah tapi masih seksi, Daiyan Trisha hanya jadi diri sendiri

Dalam pada itu, Daiyan berkongsi bahawa impian untuk menang di pentas AIM telah lama terpahat dalam diri sejak zaman persekolahan. 

Tambahnya, detik menggenggam trofi sebagai penulis dan komposer lagu sendiri memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan.

"Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur. Tak tahu nak cakap, saya dah lama impi untuk menang AIM sejak dibangku sekolah lagi iaitu 17 tahun lalu. 

Kali pertama rasa dihargai sebagai seorang penyanyi. Rasa macam bakat saya dipandang. 

DAIYAN TRISHA

PENYANYI

Daiyan sebelum ini pernah dicalonkan di AIM sebanyak dua kali, namun tahun 2025 menjadi penentu yang mengubah kerjayanya dalam bidang muzik.

Percubaan kali ketiga Daiyan di pentas AIM akhirnya berhasil.

"Ini kali ketiga saya tercalon untuk AIM, kali pertama tercalon untuk lagu Inggeris pada 2016 dan kali kedua Lagu Pop Terbaik (Penat) pada 2021. 

"Tahun ini merupakan kali ketiga saya tercalon. Sewaktu menjadi finalis untuk kategori Lagu Pop Terbaik saya sangat gembira kerana susah sebenarnya nak sampai ke tahap itu kerana banyak saingan. 

"Tapi bila memenangi kategori Lagu Inggeris Terbaik ini, berbalik kepada niat asal saya menulis lagu-lagu Inggeris," katanya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain