suria

Anzalna mohon henti bandingkan Fazura, Amira Othman… “Mereka wanita hebat dan miliki keistimewaan”

Anzalna (kiri) mohon doakan yang terbaik buat rakan-rakannya.

PELAKON Anzalna Nasir memohon orang ramai supaya tidak membandingkan aktres Fazura dan penyanyi Amira Othman. 

Mengenali kedua-duanya sebagai sahabat, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, Fazura dan Amira merupakan wanita hebat yang mempunyai keistimewaan masing-masing. 

"Janganlah kita mencetuskan drama yang tidak perlu. Saya benar-benar menghormati Fazura dan Amira Othman. 

Fattah (kiri) dan Amira bernikah pada malam Ahad.

"Mereka berdua ada keistimewaan masing-masing dan wanita hebat. Disebabkan itu saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka," katanya. 

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, pelakon drama Adam Hawa ini turut berharap agar netizen lebih bersikap positif dan meraikan kebahagiaan masing-masing tanpa mencetuskan perbalahan. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Amira Othman sedia galas tanggungjawab sebagai ibu tiri... “Saya tiada masalah”

"Saya ikhlas mendoakan yang terbaik buat mereka (Fazura dan Amira), jadi marilah kita rasa gembira untuk semua orang," ujarnya.

Pada malam Ahad, pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan dengan Amira dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Golden Palm Tress Malaysia, Sepang, Selangor.

Pada majlis itu, Anzalna hadir sebagai pembawa dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan bersama beberapa selebriti lain seperti Ernie Zakri, Hawa Rizwana dan Nabila Razali 

Sebelum ini, Fattah pernah berkahwin dengan Fazura pada 27 November 2017 dan bercerai pada 7 Oktober lalu. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain