suria

“Lagi ramai mengata, lebih tambah pahala saya” - Putri Dahlia

Dahlia buat pertama kali tampil di acara umum tanpa mengenakan hijab.

ANAK kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia tampil memberi respons terhadap kecaman yang diterima di media sosial dipercayai berkait keputusan menanggalkan hijab.  

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, Dahlia, 21, menganggap kata-kata buruk dilemparkan terhadapnya sebagai ladang pahala percuma buatnya.

Perkongsian Dahlia di Instastory miliknya.

"Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya. Amin," tulisnya ringkas. 

Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap kritikan dan komen negatif yang muncul selepas penampilannya tanpa bertudung di acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) di Arena Of Stars, Genting Highland mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak Nora Ariffin tidak lagi bertudung… “Keluarga cakap saya nampak cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Putri Dahlia ada kelebihan sendiri, Nora bangga bakat anak semakin menyerlah

Ketika ditemu bual mStar, Dahlia menjelaskan keputusan menanggalkan tudung itu dibuat dengan penuh kesedaran selepas lebih 15 tahun mengenakan tudung sejak kecil. 

Kata Dahlia, dia mahu mulakan perjalanan baharu untuk lebih mendalami agama dengan cara tersendiri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain