suria

Kereta Shahidan Izwan berpusing beberapa kali sebelum terbabas, syukur isteri dan bayi dalam kandungan selamat

Shahidan dan isteri terlibat dalam kemalangan

PELAKON Shahidan Izwan berkongsi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berlaku pada pagi Isnin. 

Kejadian berlaku di sekitar persimpangan Nilai arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). 

Kata Shahidan atau Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 28, kejadian berpunca apabila kereta yang dipandunya terlanggar lopak air ketika dalam keadaan hujan lebat. 

Shahidan bersyukur tidak alami sebarang kecederaan serius. 

Menurutnya kenderaan berkenaan berpusing tiga kali sebelum melanggar pembahagi jalan. 

"Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 pagi. Selepas kejadian itu saya terus bawa isteri keluar untuk pergi ke bahu jalan. Takut juga ada kereta lain yang langgar kenderaan kami. 

"Masa itu hujan sangat lebat dan saya tidaklah bawa terlalu laju. Kereta saya tersadai di tengah jalan selepas melanggar pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Baru lima bulan bernikah, Shahidan Izwan mahu segera timang anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Muka berdarah kena sabit, Shahidan Izwan tahan sakit teruskan penggambaran

Shahidan dan isterinya, Momoy Rahman tidak mengalami sebarang kecederaan teruk akibat kemalangan tersebut. 

Dia bagaimanapun risau akan keadaan isterinya yang kini sedang hamil lima bulan. 

Shahidan dan isteri bakal timang cahaya mata pertama. 

Pelakon itu ketika dihubungi memberitahu dia baru saja selesai membawa isteri menjalani pemeriksaan terhadap anak dalam kandungan. 

"Syukur doktor maklumkan keadaan isteri dan anak dalam kandungan selamat. Cuma isteri ada sedikit lebam di bahagian dahi akibat terhentak. 

"Malah dia juga ada rasa sedikit trauma," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain