suria

Wawa Zainal tersentuh lihat anak sulung pujuk adik lepas gaduh, pertama kali berlaku pergaduhan besar antara adik-beradik

Wawa berkongsi momen menyentuh hati tentang kisah anak-anaknya (kanan).

PELAKON Wawa Zainal berkongsi momen menyentuh hati apabila melihat tindakan kedua-dua anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa selepas berlaku salah faham. 

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 34, insiden pergaduhan tersebut  menyebabkan Hayla mengalami luka kecil, sekali gus memaksanya  mengambil tindakan tegas terhadap Attar sebagai pengajaran.

Namun apa yang membuatkan hatinya lebih tersentuh adalah tindakan Attar yang sedaya upaya memujuk adiknya itu. 

Perkongsian Wawa di Instastory miliknya.

Perkongsian Wawa di Instastory miliknya.

"Mereka baru saja bergaduh dan saya hukum dengan rotan, abang dapat hukuman tambahan sebab buat adik dia luka. 

"Selepas bergaduh, abang ajak nenek pergi kedai depan. Lah, rupa-rupanya nak pujuk adik dengan keropok dan air. 

"Terharu melihat bagaimana mereka boleh bertukar daripada musuh kepada kawan baik dalam sekelip mata," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Wawa Zainal guna duit hadiah hari jadi beli televisyen untuk rumah anak yatim… “Sebelum ini mereka kata nak TV”

ARTIKEL BERKAITAN: Kek batik Hayla dihina tak sedap, Wawa Zainal tebalkan muka minta padam video

Wawa berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Wawa memberitahu kejadian tersebut merupakan pergaduhan paling besar antara kedua-dua anaknya sejak mereka kecil.

Dalam masa sama, pelakon filem Usin UFO itu mengaku diselubungi perasaan bersalah kerana terpaksa menghukum Attar dan Hayla dalam usaha mendidik anak-anaknya. 

"Sepanjang hidup mereka situasi itu tadi adalahn pergaduhan paling besar. Attar cakap dia dah lama geram dengan Hayla. 

"Saya patutnya rakam momen abang minta maaf kepada adik dengan memberi keropok serta air. Mama sayang kamu berdua. 

Wawa (kanan) dan Aeril dikurniakan empat orang cahaya mata.

Wawa (kanan) dan Aeril dikurniakan empat orang cahaya mata.

"Mama sebenarnya rasa bersalah hukum anak-anak mama," ujarnya.

Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013.

Selain Attar dan Hayla, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Ayya Sofia,6, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain