suria

“Rasa takut sentiasa ada” - Syasya kongsi perjalanan jadi ibu usia muda

Syasya yakin setiap perjalanan hidup telah diatur dengan baik.

BERGELAR ibu pada usia muda, penyanyi Syasya Rizal mengakui kehidupannya berubah dengan pantas.

Walaupun tidak mudah, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, melihat setiap yang berlaku sebagai aturan rezeki terbaik buat dirinya.

"Iya, sebagai ibu pada usia muda, saya takut. Rasa takut itu sentiasa ada. Semuanya terasa begitu pantas. Daripada kehidupan glamor, kepada era seorang isteri, terus menjadi ibu... dan kini ibu dua orang anak. 

Syasya bersyukur atas setiap perjalanan dalam hidupnya. 

"Kadang-kala rasa laju sangat sampai tak sempat nak bernafas. Tapi akhirnya saya hanya mampu tawakal dan reda dengan ketentuan Allah. 

"Kita semua ada rezeki masing-masing... berbeza cara, berbeza masa. Yang penting percaya setiap takdir itu tersusun cantik. Walaupun kita tak nampak sekarang," katanya. 

Syasya berkongsi luahan itu dalam satu hantaran di laman Threads miliknya selepas mengumumkan dia kini hamil anak kedua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan anak kembar, Syasya Rizal belum tahu gender bayi kedua 

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal bakal timang bayi lelaki

Tambah penyanyi ini meskipun ada segelintir yang mempersoalkan perjalanan hidupnya namun dia sentiasa bersyukur atas segala nikmat kurniaan Tuhan. 

Dalam masa sama dia juga sempat menitip semangat dan doa buat wanita yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. 

"Jauh di sudut hati, saya sentiasa percaya perancangan Allah adalah paling indah. Walau ada yang bercakap tentang keputusan hidup ini, saya tetap bersyukur dengan percaturan Allah yang penuh rahsia dan hikmah. 

Syasya bakal timang cahaya mata kedua. 

"Pejalanan ini mungkin tidak sempurna, tetapi ia adalah perjalanan saya," luahnya. 

Syasya sebelum ini berkongsi berita gembira apabila dia dan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 April tahun lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohd Yassir Hayyan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain