suria

Anak Jamal Abdillah ‘tidur’ dengan lembu, siap tampal plaster luka

Jamal hairan anaknya Azura boleh tidur bersama lembu.

ANAK kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Azura mencuri perhatian ramai selepas video dia tidur bersama seekor anak lembu tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi 29 saat itu, Azura dilihat berbaring santai di sisi haiwan ternakan itu. 

Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 66, turut meluahkan rasa hairan dengan gelagat anaknya yang kelihatan begitu selesa berada di samping haiwan tersebut.

Gelagat Azura mencuit hati penonton yang melihat video dimuat naik Jamal di TikTok.

"Apalah masalah anak dara teman (saya). Dia boleh tidur dengan lembunya,” katanya. 

Jamal berkongsi perkara itu menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Khamis.

Apa yang lebih mencuit hati, Azura juga dilihat menampal plaster luka di peha anak lembu itu seolah-olah sedang merawatnya dengan penuh kasih sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Syabas buat Jamal Abdillah… timang anak ketujuh pada usia 66 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun dah tua...” - Jamal Abdillah kongsi digoda peminat, sentiasa ingat isteri dan anak-anak

Tindakan spontan itu bukan sahaja menghiburkan, malah membuat ramai netizen tersentuh melihat hubungan rapat antara Azura dan haiwan peliharaannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara Jamal membesarkan anaknya itu. 

"Inilah zaman kanak-kanak yang sebenar. Nikmatilah Azura, kalau ayah marah, buat tak tahu je.

Azura ketika masih kecil.

"Lembu tu pun boleh lena nyenyak, kelakar Azura ni.

"Tenangnya hidup macam ni... bebas, aman, damai," tulis netizen.

Video berkenaan sehingga kini meraih ratusan ribu tontonan dan terus meraih perhatian netizen yang rata-rata memuji cara didikan Jamal terhadap anak-anaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain