SELEPAS insiden dihalau ketika cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia, personaliti media sosial Aisar Khaled tampil meluahkan isi hatinya.
Menurut Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, 25, dia memohon agar diberikan kekuatan untuk terus berbuat kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Malah, Aisar turut memanjatkan doa agar dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah supaya dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan di seluruh dunia.
Aisar berdoa agar dia dapat bantu ramai lagi orang yang memerlukan.
"Tuhan menciptakan manusia untuk saling peduli dan menjaga… Tuhan sentiasa bersamaku.
"Ya Allah, jadikan aku orang terkaya di dunia, biar aku boleh bantu satu dunia," katanya.
Aisar berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Khamis.
Kata-kata tersebut jelas menggambarkan perasaannya yang kecewa namun tetap teguh dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled dimalukan, dihalau ketika hulur bantuan banjir di Bali
ARTIKEL BERKAITAN: Fuji naik angin bila netizen sebut nama ‘SarJi’, Aisar Khaled tampil mohon maaf
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Aisar.
Ramai yang memuji keikhlasannya dan berharap agar dia tidak berputus asa untuk terus menabur bakti membantu mereka yang memerlukan.
"Semangat Aisar, ramai yang sayang kamu. Insya-Allah awak sentiasa dalam lindungan Allah.
"Jangan menyerah Aisar, ramai bangga dengan awak. Teruskan buat baik… jangan sedih.
Tuhan sentiasa bersamaku.
AISAR KHALED
PERSONALITI MEDIA SOSIAL
"Teruskan berbuat baik, kerana kebaikan itu tidak pernah sia-sia," tulis netizen.
Sebelum ini, tular satu video yang menunjukkan Aisar dan pasukannya diserbu sekumpulan penduduk ketika mengagihkan bantuan pakaian kepada mangsa banjir di Bali.
Namun, suasana bertukar kecoh apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arah mereka dan menghalau keluar dari kawasan berkenaan.
Aisar ketika dihalau seorang penduduk di Bali.
Tindakan itu jelas mengejutkan ramai, apatah lagi bantuan tersebut diberikan secara sukarela.
Apa yang menyentuh hati, beberapa kanak-kanak yang berada di situ cuba memujuk Aisar dan meminta maaf atas perlakuan biadab segelintir penduduk dewasa.
Untuk rekod, pada 11 September lalu, banjir besar melanda pulau peranginan Bali, mengorbankan kira-kira sembilan orang dan menyebabkan ratusan lagi kehilangan tempat tinggal.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube