suria

Netizen seru selebriti tanah air bersuara isu Palestin, bukan sekadar ‘repost’ di media sosial

Dari kiri: Fasha, Diana dan Neelofa antara nama besar yang digesar bersuara isu Palestin.

KETIKA dunia terus menyaksikan penderitaan rakyat Palestin di Gaza, netizen Malaysia menggesa selebriti terkenal tanah air agar menggunakan platform media sosial untuk menyuarakan solidariti serta meningkatkan kesedaran.

Di aplikasi Threads, ramai pengguna tampil meninggalkan komen dan hantaran terbuka meminta artis seperti Neelofa, Diana Danielle, Fasha Sandha, Amelia Henderson, Hun Haqeem dan Nazim Othman agar tidak berdiam diri terhadap konflik yang berlaku di Palestin sehingga mengorbankan ribuan rakyat negara berkenaan. 

"Hai, tolonglah bersuara untuk Palestin dengan platform besar anda. Suara anda boleh menggerakkan ribuan orang. Ini tentang kemanusiaan dan hak asasi, bukan sekadar soal agama," tulis netizen. 

Antara nama-nama selebriti yang disebut untuk bersuara isu Gaza di media sosial.

Antara nama-nama selebriti yang disebut untuk bersuara isu Gaza di media sosial.

Dalam pada itu, netizen turut menekankan perkongsian semula (repost) berkenaan isu di Palestin tidak mencukupi sebaliknya mahu figura berpengaruh ini menunjukkan sokongan secara aktif termasuk menyebarkan maklumat tentang inisiatif seperti Flotila Sumud Global. 

Tambah netizen, suara selebriti mampu memberi impak besar bukan sahaja dalam kalangan peminat tetapi turut dapat membentuk pandangan masyarakat umum tentang krisis kemanusiaan yang berlaku di luar negara. 

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana menghampiri ‘red zone’, semakin berdebar selepas tiba di Tunisia

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tetap datang” - Ardell Aryana tak patah semangat, fokus buka sekatan di Gaza

"Jangan sekadar kongsi semula, tunjukkan solidariti sebenar dan sebarkan kesedaran tentang flotila sumud global," ujarnya. 

Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Ardell Aryana antara selebriti yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama beberapa aktivis dari Malaysia sebelum berlayar melalui Laut Mediterranean dengan puluhan kapal yang turut disertai oleh 44 negara lain. 

Kata Zizi, dia bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kematian sekiranya ditakdirkan tidak kembali ke tanah air.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain