suria

Arrora Salwa terima rawatan di hospital, alami masalah sukar buang air besar

Arrora tetap ceria berkongsi perkembangan kesihatan.

PENYANYI Arrora Salwa terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan di Nilai, Negeri Sembilan selepas mengalami kesukaran membuang air besar.

Arrora, 39, berkata dia ditahan sejak Jumaat lalu selepas tidak membuang air besar selama empat hari.

"Saya tak buang air besar selama empat hari tapi saya sakit perut. Esok saya sudah dibenarkan pulang dan semuanya sudah okay.

Arrora kini sedang menerima rawatan di hospital. 

"Saya pun sudah membuang sebanyak tiga kali hari ini," katanya di siaran langsung TikTok pada Sabtu.

Kata Arrora, sekiranya dia didapati terlalu lama tidak membuang air besar ia akan memberi kesan kepada masalah kesihatannya seperti sakit pinggang.

"Saya cuma perlu buang air besar saja, bila doktor beri ubat cair najis sudah okay.

"Saya tiada masalah usus tapi doktor ada sarankan untuk masukkan kamera melalui lubang dubur. Namun saya tak nak," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah anggap darah daging sendiri, Arrora Salwa sebak lihat anak tiri jalani pembedahan tulang belakang 

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat kosmetik cuba ‘gula-gulakan’ Arrora Salwa, minta jadi duta tapi banyak syarat tak masuk akal

Meskipun berada di hospital, Arrora dilihat tenang dan ceria melayan peminat dia TikTok. 

Malah dia juga menerima pelbagai petua daripada peminat untuk merawat masalah membuang air besar.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan terkini Arrora tidak berjaya apabila mesej WhatsApp tidak dibalas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain