suria

Nadzmi Adhwa tak tahu bila Ardell Aryana pulang ke tanah air

Nadzmi memberi sokongan penuh terhadap Ardell.

PERKONGSIAN pelakon Nadzmi Adhwa di laman sosial miliknya mengundang rasa hiba dalam kalangan pengikut apabila ditanya tentang isterinya. 

Ditanya berkaitan perjalanan Ardell Aryana yang kini menyertai misi Global Sumud Flotilla ke bumi Gaza, kata Nadzmi dia sendiri tidak pasti tarikh kepulangan isterinya itu. 

Malah Nadzmi memberitahu dia tiada jawapan untuk pertanyaan itu. 

Ardell akan berkongsi perkembangan perjalanan ke Gaza. 

"Soalan yang tiada jawapan buat masa ini. 

"Bila kak Ardell nak balik? Manalah saya tahu," tulisnya berserta emoji tanda menangis. 

Sementara itu dalam satu hantaran lain, pelakon ini terus meminta orang ramai untuk mendoakan misi tersebut berjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami tetap datang” - Ardell Aryana tak patah semangat, fokus buka sekatan di Gaza 

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak pernah dapat gift banyak" – Ardell Aryana sebak ketika 'live', niat sumbang untuk kanak-kanak Gaza

Malah dia juga berkongsi perkembangan Ardell yang kini diberi tugas sebagai individu yang bertanggungjwab untuk membuat 'live SOS' sekiranya berlaku serangan terhadap kapal pelayaran mereka. 

"Semoga Allah reda dengan usaha mereka. Ada tugas untuk isteri saya. 

Ardell dan Zizi antara selebriti yang menyertai misi Global Sumud Flotilla. 

"Jika Ardell atau deligasi diserang, dia akan LIVE SOS. Tugas kini adalah untuk rakam dan sebarkan segara siaran langsung tersebut," ujarnya. 

Ardell kini dalam perjalanan memasuki perairan Gaza bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla menghentikan sekatan terhadap rakyat di sana dengan menghantar bantuan. 

Dia memulakan perjalanan ke Sepanyol pada 31 Ogos lalu sebelum disertai oleh aktivis kemanusiaan dari negara lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain