suria

Kongsi foto bersama lelaki berjambang, netizen dakwa Rita Nadira sedang dilamun cinta… “Ini baru sepadan”

Rita kongsi foto mesra bersama lelaki misteri.

PERKONGSIAN foto dimuat naik pelakon Rita Nadira di TikTok mengundang perhatian ramai apabila dia kelihatan mesra bersama seorang lelaki misteri.

Dalam perkongsian tersebut, Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd Ritamurni, 27, sedang bercuti bersama rakan-rakan di Pulau Tioman, Pahang.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila wajah lelaki berkenaan ditutup dengan emoji sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Rita kongsi percutiannya bersama kekasih.

Malah dalam foto lain, dia bersama lelaki berkenaan memakai pakaian sedondon dan menggabungkan bentuk hati di jari mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji dan merestui hubungan Rita bersama lelaki berkenaan.

Mereka juga berteka teki siapakah gerangan jejaka yang dikatakan berjaya menambat hati Rita ketika ini. 

"Macam kenal. Bekas teman lelaki Kilafairy ke itu?  Sebab ada luka di tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersih kontroversi, Rita Nadira syukur tak putus tawaran lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka ada pertalian darah dengan Rita Rudaini... Rita Nadira ingat pesan ibu ayah jaga nama keluarga

"Kami setuju! Ini baru sepadan dan lebih sesuai. Nampak matang sikit," antara komen netizen.

Sementara itu, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan lanjut tidak berjaya apabila panggilan telefon dan kiriman WhatsApp tiada balasan.

Sebelum ini, Rita pernah dikaitkan dengan penyanyi Chubb-E bagaimanapun dia menyangkal wujudnya hubungan cinta antara mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain