suria

Shahronizam hidap tumor, reda jika disahkan kanser... Tetap kerja walau sakit

Safura dan Shahronizam reda berdepan sebarang kemungkinan.

PELAKON Shahronizam Noor disahkan menghidap tumor di bahagian kanan belakang badannya. 

Berkongsi berita sedih itu, isterinya yang juga pelakon dan penyanyi Safura Ya’cob memberitahu aktor berkenaan sudah mula mengadu sakit sejak beberapa tahun lalu. 

Namun selepas melakukan pemeriksaan pada 18 Ogos lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Shahronizam disahkan dengan penyakit itu dan kini menunggu untuk rawatan susulan. 

Safura berkongsi keadaan tumor di belakang badan suaminya. 

"Sebelum ini dia kerap mengadu sakit bahu. Banyak kali juga berurut dan sakit itu akan hilang. Cuma tahun ini agak kerap dia sakit. 

"Baru-baru ini dia ada pergi mengurut di Taiping, Perak dan tukang urut itu beritahu dia tak boleh pegang. Katanya perlu buat pemeriksaan di hospital. 

"Jadi pada 18 Ogos lalu, kami ke HKL untuk buat pemeriksaan dan doktor terus ambil sempel. Dia disahkan ada tumor," katanya ketika dihubungi mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Safura tak tahu insiden jari suami putus, Shahronizam minta tolong jiran dalam keadaan berlumuran darah 

ARTIKEL BERKAITAN: Shahronizam Noor fobia potong ayam, risau hilang ibu jari pula... Rancang mohon kad OKU

Safura sebelum itu juga berkongsi cerita berkenaan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu. 

Bersedia dengan sebarang kemungkinan, Shahronizam juga reda sekiranya keputusan ujian sampel disahkan menghidap kanser. 

"Kami menunggu keputusan dan temu janji bulan Oktober ini untuk mengetahui rawatan susulan sama ada kanser atau hanya tumor. 

Dia mahu terus bekerja sebab sudah beri komitmen

SAFURA YAAKOB

PELAKON/PENYANYI

"Ini rezeki dan bahagian suami saya. Dia tetap tenang menerima keputusan sebelum ini dan sedia berdepan sebarang kemungkinan. Semoga yang baik-baik sahaja," katanya. 

Dalam keadaan sakit, pelakon itu tetap meneruskan kerja dan kini sedang menjalani penggambaran di Pekan, Pahang. 

Kata Safura, suaminya itu mahu terus bekerja agar tidak terlalu memikirkan tentang penyakit yang dialami. 

Shahronizam masih meneruskan kerja di lokasi penggambaran. 

"Kami menangis bercakap soal ini ketika sama-sama duduk di meja makan. Dia mahu terus bekerja sebab sudah beri komitmen. Katanya dia perlu kerja untuk tanggung keluarga. 

"Dalam masa sama, kalau dia keluar bekerja tidaklah terlalu berfikir tentang sakit yang ditanggung," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain