suria

“Cukup-cukuplah buat berita fitnah, walaupun tiada kena mengena dengan saya” - Noor Nabila

Nabila tepis tanggapan negatif netizen.

BEKAS isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila seakan-akan tidak selesa dengan laporan sebuah portal menyebut tentang seorang pelakon kacak yang masih menjalinkan hubungan intim bersama bekas isteri. 

Tampil menepis dirinya adalah individu yang dimaksudkan, Nabila bagaimanapun berharap cerita sebegitu dihentikan kerana boleh mengundang fitnah.

“Cukup-cukuplah buat berita fitnah, walaupun tiada kena mengena dengan saya," katanya. 

Nabila dan Sharnaaz mengekalkan hubungan baik selepas berpisah. 

Luahan itu dibuat Nabila ketika memuat naik semula artikel tersebut di InstaStory miliknya pada Sabtu sekali gus menepis dakwaan sesetangah pihak yang bercakap buruk tentang dirinya di ruangan komen. 

Dalam masa sama, Nabila memberitahu dia sedia berkongsi kisah peribadi termasuk urusan perkahwinan sekiranya kembali bertemu jodoh. 

"Kalau saya rujuk atau kahwin, tak akan senyap-senyap. 

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan sebenar dengan Sharnaaz Ahmad terjawab, Noor Nabila sedang kenali seseorang 

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat ulang tahun Jebat, ucapan penuh emosi Sharnaaz dan Noor Nabila buat anak tersayang

"Semestinya akan diwar-warkan. Netizen kan perlu tahu," katanya. 

Untuk rekod, Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun ikatan perkahwinan tersebut terlerai pada 9 Julai 2020.

Mereka memiliki seorang cahaya mata bersama iaitu Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain