suria

300 sukarelawan berganding bahu, Karl Shafek berjaya bersihkan dua tan sampah di Pantai Tanjung Gosong

Karl bersama Nurkhiriah dan Ieda Moin seronok dapat bersihkan pantai.

PENGACARA Karl Shafek Ibrahim berjaya menggerakkan lebih 300 sukarelawan bagi membersihkan dua tan sampah di Pantai Tanjung Gosong, Pekan, Pahang.

Menurut Karl, idea menganjurkan Gotong Royong Sakan itu tercetus selepas dia melihat keadaan pantai di kampung halamannya yang dipenuhi sampah.

“Saya terpanggil untuk buat sesuatu sebab pantai ini sebenarnya cantik. 

Acara turut disertai pelakon Nurkhiriah.

“Jadi saya gunakan media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk ajak orang ramai sama-sama turun padang. Tak sangka sambutan sangat menggalakkan,” katanya yang tampil dengan inisiatif yang dinamakan Gerakan Pekan Molek. 

Karl yang juga pengasas jenama fesyen jalanan Neonate Clothing Company berkata, dia  gembira apabila program tersebut disertai ratusan sukarelawan sekali gus membuktikan kesedaran terhadap kebersihan alam sekitar semakin meningkat.

“Saya sangat gembira kerana peserta hadir bukan semata-mata kerana hadiah, tetapi kerana kesedaran menjaga kebersihan alam kurniaan Allah SWT untuk kita dan generasi akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekaan busana luahan putus cinta, Karl Shafek terapi diri dalam karya fesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Penaja tarik diri selepas ‘fashion show’, Karl Shafek terpaksa tanggung hutang RM500,000

Program yang berlangsung pada 16 September lalu itu mendapat sokongan Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja dan Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya merangkap merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib.

Penganjuran Gotong Royong Sakan turut mendapat kerjasama Kelab Anak

Acara disambut meriah oleh orang dewasa dan kanak-kanak.

Muda Perbandaran Pekan dan Kelab Rukan Tetangga Pantai Tanjung Gosong.

Acara ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara belia dan sukarelawan daripada dalam dan luar Pekan, malah turut disertai jemputan khas seperti Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pekan, Mohd Nasir Jusoh dan artis tanah air termasuk Nurkhiriah dan Ieda Moin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain