SIAPA sangka disebalik kerjaya cemerlang sebagai pelakon dengan gaya hidup serba mewah, rupa-rupanya aktres Luna Maya pernah melalui detik sukar termasuk tidak mempunyai wang.
Menerusi program Update Kehidupan di saluran Trans7 [Tonton video] , Luna mendedahkan dia pernah menangis kerana mengalami kesempitan duit.
"Ya orang tak pernah tahu saya menangis kerana tak ada duit.
Di sebalik gaya hidup mewah, siapa sangka Luna juga pernah mengalami masalah kewangan.
"Peminat mesti tak percaya sebab mereka sangka hidup saya sentiasa senang," katanya.
Tambah pelakon drama Main Api itu, dia turut berkongsi pengalaman pahit apabila akaun bank miliknya pernah kosong sepenuhnya.
"Pernah juga akaun bank saya hanya tinggal RpO (Rupiah Indonesia).
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya belum hamil, tengah ‘datang bulan’
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya lepas jawatan, lantik Raline Shah jadi ‘Presiden Jomblo’
"Saya hanya bergantung hidup sepenuhnya pada kad kredit," ujarnya.
Luna bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak pernah berkongsi mengenai kesusahan hidup yang dilaluinya secara terbuka.
Kata Luna, dia kini menguruskan wang dengan menyimpan semua hasil pendapatan ke dalam akaun syarikat bagi kegunaan pelbagai komitmen.
"Saya bukan kaya, saya susah tapi semua duit saya masuk ke akaun syarikat.
"Takkan saya nak cerita semuanya kan?," katanya sambil ketawa.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube