suria

Peminat saksi Abby Abadi kelihatan lemah, dikejarkan ke hospital selepas konsert selesai… “Suhu badan cecah 40 darjah Celsius”

Abby sedang menerima rawatan di hospital.

PENYANYI dan pelakon Abby Abadi terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja tamat menjayakan konsert Elite Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Menurut Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, kesihatannya terganggu sehari sebelum konsert berlangsung dan dia kini disahkan menghidap virus influenza.

Jelasnya dia tetap meneruskan konsert berkenaan walaupun sudah berasa sakit tekak dan selesema pada malam itu. 

Abby sempat berehat ketika di belakang pentas.

“Balik daripada sesi latihan saya terus rasa tak sedap badan, tapi belum teruk lagi. Esok pagi sebelum konsert, ada latihan lagi dan masa itu badan dah mula rasa lain. Saya tetap kuatkan semangat untuk meneruskan. 

"Serius, lemah rasa badan. Itu yang hilang fokus. Saya minta maaf pada semua terutamanya anggota Elite, X Factor dan penonton yang hadir," katanya.

Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan dia sedang menerima rawatan di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Elite penuh tenaga, peminat tak kering gusi lihat gelagat ‘mak-mak’ atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun menanti, Elite nekad turun berat badan untuk konsert solo

Dalam hantaran sama, Abby turut berkongsi beberapa momen di belakang pentas memperlihatkan keadaan dirinya yang lemah.

Menurut Abby, suhu badanya mencecah 40 darjah celsius ketika tiba di hospital dan menganggap ujian yang berlaku sebagai petunjuk supaya berehat selepas konsert selesai.

“Berehatlah sekejap Abby Abadi. Konsert pun dah selesai. Semoga ia meninggalkan kenangan manis buat semua,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Abby diberikan kesembuhan selain mengakui melihat keadaan dirinya yang sedikit lemah semasa konsert berlangsung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain