PELAKON Afifah Nasir selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan pada Ahad.
Berkongsi khabar gembira itu, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur dengan amanah yang diberikan kepadanya.
"Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah. Alhamdulillah, cahaya mata kami, anugerah terindah dari-Nya," tulisnya.
Afifah dan suami dirikan rumah tangga pada 2024 lalu.
Afifah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam hantaran tersebut memaparkan suaminya iaitu Syed Hariz mencium dahi dan wajah anaknya yang ditutup dengan emoji berbentuk hati.
Kata Afifah dia dan suami sepakat memilih nama Syed Armand Mateen untuk anak sulungnya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Afifah Nasir bakal timang anak lelaki, syukur doa dimakbulkan
ARTIKEL BERKAITAN: Genap setahun berkahwin, Afifah Nasir umum hamil anak pertama
"Syed Armand Mateen telah selamat dilahirkan ke dunia ini," luahnya.
Pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube