suria

Lepas dihalau, dimalukan… Aisar Khaled terima penghargaan daripada Senator Bali

Aisar berhasrat mahu terus membantu orang memerlukan.

SELEPAS insiden dihalau ketika menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali Indonesia, personaliti media sosial Aisar Khaled menerima penghargaan daripada wakil Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD) di Bali.

Penghargaan tersebut diserahkan sendiri oleh Senator Bali iaitu Arya Wedakarna yang menghargai keprihatinan Aisar terhadap rakyat Bali yang terjejas akibat bencana.

Dalam acara serba ringkas itu, Aisar menerima sijil penghargaan serta pin istimewa Presiden Soekarno iaitu Bapa Kemerdekaan Indonesia sebagai simbol persahabatan dan usaha murninya.

Acara ringkas untuk penyerahan penghargaan.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara-saudara kita dari Malaysia, khususnya Aisar Khaled seorang anak muda hebat yang menunjukkan kepedulian luar biasa terhadap masyarakat Bali.

"Saya berharap ini bukan kali terakhir. Ini adalah apresiasi pertama, dan kami harap banyak lagi pengiktirafan seperti ini akan menyusul buat dia," katanya.

Dalam pada itu, Arya turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti membantu sejak kejadian demonstrasi besar-besaran melanda negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled dimalukan, dihalau ketika hulur bantuan banjir di Bali

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya Allah, jadikan aku orang terkaya untuk bantu satu dunia” – Aisar Khaled luah rasa selepas dihalau di Bali

Sementara itu, Aisar meluahkan rasa syukur dengan penghargaan yang diterima selain berkongsi niat sebenarnya yang ingin membantu orang ramai.

"Perancangab Tuhan itu hebat, cuma seorang insan luar negeri ingin membantu masyarakat Indonesia.

"Walaupun ribuan orang berkata buruk, masih jutaan manusia menghargaiku," luahnya.

Aisar aktif hulur bantuan di Indonesia.

Sebelum ini tular di media sosial, apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arah Aisar dan pasukannya sebelum menghalau mereka dari kawasan berkenaan ketika menghulurkan bantuan berbentuk pakaian kepada mangsa banjir Bali.

Di sebalik insiden memalukan itu, Aisar dilihat tenang berdepan situasi berkenaan sebelum memilih berundur bersama pasukannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain