PELAKON Zara Zya tetap positif dan reda selepas kehilangan wang yang dikeluarkan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tanpa sempat diambil pada Khamis.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berkata, meskipun berasa kecewa dia bagaimanapun percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Kata Zara, dia juga menganggap kecuaian dibuat hingga wang tersebut lupa untuk diambil kerana sudah lama tidak bersedekah.
Perkongsian Zara di Threads mendapat perhatian ramai.
"Kejadian berlaku di salah satu bank di Klang, Selangor. Saya ke ATM dalam waktu tengah hari.
"Berapa jumlah wang yang dikeluarkan itu tak perlulah saya kongsi. Saya anggap tiada rezeki sebab dah lama tak bersedekah," katanya ringkas kepada mStar.
Dalam pada itu, Zara memberitahu selepas perkongsian yang dimuat naik di Threads miliknya tular, seorang individu meninggalkan komen mendakwa menemui wang di mesin ATM dan bertanya sama ada ia milik aktres berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:Disangka pakai susuk, Zara Zya pening nak jawab soalan doktor... Siap pasang zikir
ARTIKEL BERKAITAN:Zara Zya buat laporan polis, dedah lelaki menyamar jadi dirinya perdaya orang rama
Namun, pelakon drama Love You Mr Arrogantitu menjelaskan wang yang ditemui bukan miliknya kerana berlaku di lokasi berbeza.
"Memang ada orang yang komen beritahu terjumpa wang di mesin ATM tetapi ia bukan milik saya," ujarnya.
Sebelum ini, Zara memuat naik sebuah hantaran di Threads memaklumkan kad bank miliknya telah disekat.
Saya anggap tiada rezeki sebab dah lama tak bersedekah.
ZARA ZYA
PELAKON
Kejadian wang tercicir itu telah berlaku selepas pelakon berkenaan ke bank untuk mengaktifkan kadnya semula.
"Kad bank saya kena sekat dan saya ke bank untuk unblocked. Selepas itu sajalah nak cuba kad di mesin ATM.
"Keluarkanlah duit dan berlalu pergi. Dah sampai rumah, baru teringat yang kad bank saya ambil tapi duit tak ambil," tulisnya.i
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube