SELEPAS mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin, nama penyanyi Amira Othman terus menjadi sebutan ramai dan kali ini netizen menyamakan wajahnya dengan aktres terkenal Bollywood iaitu Karisma Kapoor.
Perbandingan tersebut mula tular di platform Threads apabila netizen tampil memberi komen bahawa wajah Amira atau Nadia Amira Othman, 32, mempunyai iras dengan selebriti dari India itu.
"Tidak dinafikan memang ada iras. Tak faham orang kutuk-kutuk dia cakap tak lawa. Pada saya dia memang cantik," tulis seorang pengguna.
Netizen membandingkan wajah Amira dengan pelakon Bollywood.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menegaskan persamaan ketara kedua-dua selebriti itu terletak pada bentuk bibir mereka.
"Bibir mereka pun sama rupanya. Aku pernah komen Amira macam Karisma Kapoor,” tulis seorang pengguna.
Malah, kecantikan penyanyi lagu Dalam Sujudku ini dikatakan seolah-olah mencerminkan gabungan raut wajah dari beberapa latar etnik.
ARTIKEL BERKAITAN: Fatima selesa panggil ‘aunty Mira’, Fattah Amin seronok cerita fasal agama dengan Amira Othman
ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna mohon henti bandingkan Fazura, Amira Othman… “Mereka wanita hebat dan miliki keistimewaan”
"Muka Amira ni muka campuran Arab, Hindustan dan Pakistan. Cantik masya-Allah.
"Betullah, patutlah rasa macam pernah nampak. Nampak sangat iras macam Karisma.
“Wow Karisma Kapoor Malaysia,” tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube