suria

“Tak payahlah throwback” - Watie Sadali usik Linda Rafar kongsi kisah ‘romantik’ bersama Edry Abdul Halim

Linda tersipu malu diusik Watie.

ANGGOTA kumpulan Elite, Watie Sadali sempat mengusik rakannya, Linda Rafar mengenai pengalaman penyanyi itu dengan ahli kumpulan KRU, Edry Abdul Halim.

Menerusi sebuah video podcast yang dimuat naik di Instagram, Linda memberitahu ketika terlibat dalam sebuah penggambaran bersama kumpulan KRU dia gemar menyanyi dan Edry sering bermain gitar ketika itu. 

Belum sempat Linda menghabiskan kisah bagaimana dia mula menyertai kumpulan Elite,  perkongsian tersebut pantas menarik perhatian Watie apabila memberitahu momen itu cukup romantik.

Elite terdiri daripada Linda, Watie, Sasha, Abby dan Azza.

“Aww, romantiknya,” kata Watie.

Seakan-akan geram melihat gelagat rakannya itu, Linda terus memandang wajah Watie yang cuba mengusiknya. 

“Kau kan!,” katanya sambil ketawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Elite penuh tenaga, peminat tak kering gusi lihat gelagat ‘mak-mak’ atas pentas

ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun menanti, Elite nekad turun berat badan untuk konsert solo

Momen itu menjadi bertambah lucu apabila Watie tiba-tiba memberitahu kepada Linda untuk tidak mengenang kisah lalu. 

“Tak payahlah throwback, tiber ,” katanya.

Watie dan Linda saling mengusik antara satu sama lain.

Untuk rekod, Elite merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan KRU Records pada 1995.

Elite menjadi band girls menyengat dengan wanita-wanita cantik sebagai taruhan Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali.

Kumpulan itu berjaya mencetuskan ledakan tersendiri dan antara lagu popular mereka yang masih menjadi siulan ramai ketika ini ialah Tamparan Wanita, Manisnya Senyumanmu, Trauma dan G.I.G.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain