suria

Suria Wow Malaysia 2025 cipta fenomena, lebih 300,000 pengunjung serbu Taman Tasik Titiwangsa

Konsert Suria Wow Malaysia diacarakan oleh Chiwan, Kai, dan Irsyad.

STESEN radio Suria FM mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung ke festival Suria Wow Malaysia 2025 yang berlangsung selama lima hari di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pada 12 hingga 16 September lalu.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Puan Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dengan sapaan DJ Lin memberitahu penganjuran julung kali itu diadakan bersempena Festival Budaya Malaysia 2025 dan kempen Visit Malaysia 2026.

Katanya, acara ini turut mendapat kerjasama erat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Marsha turut membuat persembahan memukau.

“Ini kali pertama Suria bekerjasama dengan pihak MOTAC dalam menganjurkan festival berskala besar dan berlangsung dalam tempoh yang panjang. 

"Kami amat bersyukur apabila mencatatkan kehadiran lebih daripada 300,000 pengunjung sepanjang lima hari acara itu. Ia satu pencapaian luar biasa buat kami,” katanya.

Sepanjang lima hari berlangusung, pelbagai aktiviti menarik disusun rapi antaranya Pound Workout, Kiub Mewarna: Semarak Seni Malaysia serta pertandingan unik seperti Kesuma Kebaya 2025  dan Suria Got Talent yang menjadi tumpuan pengunjung di Booth Suria.

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM kembali unggul sebagai radio nombor tiga, catat 3.3 juta pendengar sepanjang 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Daripada pemandu e-hailing ke konti radio, Irsyad ‘suara’ baharu Suria FM

Tidak cukup dengan itu, festival dimeriahkan dengan Suria Undiscovered: The Gig yang menampilkan barisan band indie berbakat seperti Voice In Public, Baji, Kugiran Tepi Pantai, Noansa, MXI, Panic Room dan Monoloque sekali gus memberikan warna tersendiri kepada festival kali ini.

Bukan hanya itu, terdapat juga booth pameran daripada Kimball dan UKM Shape. 

Kemuncak acara pastinya Konsert Suria Wow Malaysia yang berlangsung dua malam berturut-turut dengan menyajikan  persembahan hebat barisan artis popular tanah air seperti Exists, Marsha Milan, Noraniza Idris, Amelina, Ara Johari, Aisha Retno, Santesh, K-Town Clan, Fugo Band dan Amsyar Lee.

Ara turut meriahkan suasana.

Energi penonton jelas terasa apabila setiap malam konsert dipenuhi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan aksi bertenaga artis kesayangan mereka.

Dalam pada itu barisan penyampai popular Suria seperti Ajak, Fad, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin turut turun padang serta memeriahkan suasana bersama peminat. 

Tidak dilupakan, kehadiran duo Suria Wheels, Afiq dan Awien yang mencuri perhatian dengan aktiviti-aktiviti interaktif sepanjang festival berlangsung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain