PENCERAMAH bebas, PU Syed menegur pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay susulan pengakuan aktres itu yang selesa berpakaian seksi dalam beberapa hantaran di media sosial baru-baru ini.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 43, umat Islam perlu sentiasa sedar tentang hukum halal dan haram serta menilai setiap tindakan berlandaskan panduan agama.
“Terbuka atau tertutup penerimaan kamu kepada kata-kata netizen di luar sana, kamu kena ingat sebagai umat Islam, kita terikat dengan halal dan haram.
Teguran PU Syed yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Sesungguhnya perkara halal itu telah jelas dan perkara haram itu juga jelas.
“Sebagai seorang Muslim, kita tidak diberi pilihan untuk menolak ketetapan Allah. Perbuatan yang mengundang fitnah atau mendorong kegiatan tidak bermoral perlu dielak,” katanya dalam hantaran di Instagram.
Menurut Syed, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi setiap individu yang mengikutinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai skirt, baju seksi itu biasa... Liyana Jasmay terima teguran dengan hati terbuka
ARTIKEL BERKAITAN: Mata ‘redup’ jadi sebutan, Liyana Jasmay tenang terima komen netizen... Perlu viral untuk dapat perhatian
“Sesiapa yang merintis satu amalan buruk, maka dia akan memikul dosa bagi setiap orang yang melakukannya (meniru amalan buruknya itu) sehingga hari kiamat.
“Kamu ramai pengikut, janganlah sampai mereka terikut dengan gaya penampilan kamu, takutlah kepada Allah,” katanya.
Sebelum ini, Liyana berdepan kecaman hebat berikutan penampilannya yang dikatakan terlalu seksi, namun dia memilih untuk menerima setiap teguran warganet dengan hati terbuka.
Liyana juga secara jujur mengakui dirinya memang gemar bergaya seksi, namun tetap menjadikan nasihat yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube