suria

Ameera Khan sifatkan pertemuan dengan Jefri Nichol sebagai takdir indah, netizen pula doa cepat nikah... "Pergi kursus kahwin ya?"

Ramai yang membuat andaian Ameera dan Jefri pergi kursus kahwin.

HANTARAN swafoto personaliti media sosial, Ameera Khan bersama pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian netizen di media sosial.

Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu takdir yang indah.

Dalam foto berkenaan, Ameera kelihatan manis mengenakan busana serba hitam lengkap bertudung, manakala Jefri segak dengan kemeja putih.

Ameera anggap pertemuan dengan Jefri takdir yang indah.

“Takdir yang indah (Qadarun Jameel)” tulisnya ringkas.

Ameera berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan tidak kurang juga yang membuat spekulasi mengenai hubungan mereka. 

Ada yang menyifatkan pasangan itu kelihatan serasi dan seolah-olah sedang mengikuti kursus perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN:Ameera Khan ‘sound’ netizen tanya soalan ‘dah tidur dengan J?’... Sifatkan Jefri Nichol seorang lelaki sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol tak mahu kehilangan Ameera Khan, serius sebagai teman istimewa

“Mereka ada senyuman yang sama, mesti jodoh kuat ni.

“Pergi kursus kahwin ya, Ameera?

“Semoga cepat-cepat terikat dalam ikatan suci pernikahan," tulis netizen.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan status sebenar hubungan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain