TERLIBAT dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza, penyanyi Zizi Kirana memberitahu dia sendiri tidak tahu bila akan pulang ke tanah air.
Berkongsi perbualan dengan pengurusnya, Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, seakan-akan tiada jawapan apabila ditanya tentang hal tersebut.
“Semalam video call dengan pengurus dan kami borak fasal Global Sumud Flotilla. Dia tanya agak-agak bila balik Malaysia sebab ada beberapa acara nak jemput buat persembahan.
Zizi lupa dia seorang penyanyi.
“Saya hanya jawab insya Allah,” katanya.
Zizi menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya pada malam Ahad.
Penyanyi ini juga sempat berseloroh menyatakan dia seperti sudah lama tidak membuat persembahan pentas.
ARTIKEL BERKAITAN:Zizi Kirana menghampiri ‘red zone’, semakin berdebar selepas tiba di Tunisia
ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana kecewa, tampil bersuara isu artis sertai misi ke Gaza
“Saya bergurau cakap kepada dia lupa macam mana buat persembahan atas pentas. Lupa saya ini penyanyi,” ujarnya.
Dalam masa sama, Zizi turut berkongsi perkembangan terkini berada di atas lautan lebih 20 hari untuk menuju ke Gaza.
Biarpun berdepan pelbagai cabaran, dia tetap terus bersemangat untuk menyelesaikan misi kemanusiaan membantu rakyat di sana.
Perkongsian Zizi di Threads miliknya.
“Sudah 22 hari rupanya saya berada di lautan. Tetap semangat menuju ke Gaza,” jelasnya.
Zizi kini dalam perjalanan memasuki perairan Gaza bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla bagi menghentikan sekatan terhadap rakyat di sana dengan menghantar bantuan.
Dia memulakan perjalanan ke Sepanyol pada 31 Ogos lalu sebelum disertai oleh aktivis kemanusiaan dari negara lain.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube