PENGACARA dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim menyangkal dakwaan bersikap berat sebelah terhadap peserta Hadie dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM)
Menurut Sarimah, 47, segala ulasan yang diberikannya adalah berdasarkan penilaian profesional dan tidak berpihak kepada mana-mana peserta.
Tambahnya lagi, ulasan yang diberikan pada konsert suku akhir yang berlangsung pada malam Ahad adalah untuk memberi ruang kepada Hadie menyampaikan isi hati dan cerita di sebalik persembahan diberikan dengan jujur.
Sarimah mengadili peserta TTMM dengan jujur.
“Saya kata Hadie tak perlu paksa emosi kerana semuanya dah ada pada dia.
"Pakej Hadie lengkap dan semuanya sempurna termasuk tone suara dia yang sangat sedap didengar.
“Ulasan saya berikan pada malam Ahad memberi peluang pada dia untuk bagi tahu isi hati, baru kita faham... Saya bukan ‘bias’ Hadie,” katanya.
Sebagai juri tetap, Sarimah mengakui menilai setiap peserta dengan adil sepanjang lima minggu bersiaran.
ARTIKEL BERKAITAN:Sarimah Ibrahim mesej isteri Zamarul Hisham sebelum mula berlakon, tak mahu rasa kekok di set
ARTIKEL BERKAITAN: Fenomena ‘Lelaki Itu’ lonjak kembali nama, Sarimah Ibrahim tak pernah hilang
Sarimah sentiasa memberikan sokongan padu kepada Hadie selain perlu menerima hakikat dalam setiap pertandingan nasib dan rezeki tidak semestinya berpihak kepada yang terbaik.
“Selama lima minggu ni saya fokus pada Hadie dan saya sentiasa berdiri di belakangnya. Dalam pertandingan, kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kita walaupun kasih dan sokongan sentiasa ada,” jelasnya.
Tambah Sarimah, dia juga memilih untuk memberikan ulasan yang jujur dan realistik demi kebaikan semua peserta.
Saya bukan ‘bias’ Hadie.
CHE PUAN SARIMAH IBRAHIM
'PENGACARA DAN PELAKON
Bagi Sarimah, maklum balas yang positif tetapi palsu tidak akan membawa manfaat untuk peningkatan peserta.
Pada malam penilaian tersebut, kata Sarimah kebanyakan peserta kelihatan gugup dan tertekan kecuali peserta Marsya yang dilihat lebih tenang ketika membuat persembahan.
Sarimah turut meluahkan kekagumannya terhadap bakat semula jadi Hadie yang cukup menyerlah dalam menyampaikan emosi di dalam lagu.
Sarimah hanya beri kata-kata semangat buat Hadie.
“Jujur cakap, malam ini (semalam) sedikit huru-hara bagi semua peserta kecuali Marsya, entah kenapa. Mungkin kerana gemuruh atau tekanan," katanya.
Selain Hadie peserta lain yang layak ke peringkat separuh akhir ialah Marsya, Thalita, Oddah, Amad, serta Ammar.
Manakala, Athalia diumumkan sebagai individu yang terpaksa menamatkan perjalanan pada minggu suku akhir.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube