MENU ringkas telur mata kicap bilis goreng yang disediakan penyanyi Amira Othman kepada suaminya yang juga pelakon Fattah Amin ketika berbulan madu di Switzerland kini menjadi ikutan ramai.
Semuanya bermula apabila Fattah melakukan siaran langsung sambil menunjukkan gelagat isterinya itu memasak di dapur.
Resipi ringkas itu nyata mencuri perhatian kerana ramai menganggap ia mudah, cepat dan sesuai dijadikan menu harian.
Ramai yang mula terjebak dengan resipi telur mata kicap bilis goreng ala Amira.
Tidak lama selepas video berkenaan tular, pengguna media sosial mula berkongsi klip mereka memasak lauk sama di laman media sosial.
Terkejut melihat ramai yang terpengaruh dengan resipi disediakan kepada Fattah, Amira berkata, masakan itu adalah juadah malas ketika bulan madu.
"Pehh korang ni betul-betul ye. Resipi malas-malas di Swiss. Punyalah ramai terjebak. Ok tag cepat siapa yang terjebak resipi malas ni," tulis Amira di InstaStory.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin, Amira Othman sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman sedia galas tanggungjawab sebagai ibu tiri... “Saya tiada masalah”
Lebih mencuit hati, Amira sendiri dilihat berkongsi semula (repost) beberapa hantaran peminat yang memuat naik gambar dan video masakan telur mata kicap bilis goreng ala Amira di media sosial.
Terdahulu, pasangan terbabit disatukan di sebuah pusat peranginan di Sepang, Selangor pada 14 September lalu serentak ulang tahun ke-35 Fattah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube