BAPA kepada pelakon Amir Raja Lawak,36, iaitu Azmi Deris meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan pada malam Isnin.
Berita sedih itu dimaklumkan Amir menerusi akaun Facebook miliknya.
"Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun.
"Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
"Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin," tulisnya ringkas.
Amir memaklumkan jenazah arwah bapanya akan dikebumikan pagi ini.
Dalam hantaran terbaharu, Amir memberitahu jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian pada pagi Selasa.
“Jenazah arwah abah saya akan disembahyangkan pada pukul 9 pagi di Masjid Desa Rahmat, kemudian akan terus di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Makam Tok Kenali, Kubang Kerian.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Amir Raja Lawak perlu jalani pembedahan kedua, sempat kongsi nasihat sebelum jumpa Perdana Menteri
ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan ayah makin uzur, Amir Raja Lawak rayu stesen TV lunaskan baki bayaran RM18,000… “Wang itu untuk ‘standby’, takut ada kecemasan”
“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat arwah abah saya,” tulisnya.
Pada pertengahan Julai lalu, Amir memaklumkan bapanya menghidap kanser usus dan keadaan bapanya semakin hari semakin uzur serta lemah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube