suria

Ustaz Elyas 'sound' artis dakwa lebih rapat dengan Tuhan tanpa tudung, henti beri alasan tidak mahu hipokrit

Elyas memberi teguran kepada segelintir artis yang membuka tudung.

PENDAKWAH bebas Ustaz Elyas Ismail memberi teguran kepada kaum wanita yang didakwa ditujukan kepada seorang selebriti yang seolah-olah memandang ringan mengenai isu membuka tudung.

Elyas menjelaskan menutup aurat adalah arahan jelas daripada Allah SWT dan bukan tentang pilihan peribadi atau persepsi masyarakat semata-mata.

Malah kenyataan mendakwa diri lebih dekat dengan Tuhan walaupun tidak memakai tudung adalah tidak masuk akal.

"Ayat apa ni? Bertudung dan menutup aurat itu adalah perintah Allah tanda seseorang itu cuba mendekatkan diri dengan Allah mestilah dengan melaksanakan apa yang Allah suruh.

Elyas mengingatkan tentang kewajipan menutup aurat.

Elyas mengingatkan tentang kewajipan menutup aurat.

"Ada juga yang kata saya tidak bertudung tapi saya baik, macam mana? Allah memerintahkan supaya perempuan melabuhkan pakaian, menutup seluruh badan apabila dia nak keluar rumah.

"Dengan cara sedemikian, akan lebih dikenali sebagai perempuan yang baik dan tidak diganggu. Menutup aurat, bertudung itu tanda perempuan baik," katanya.

Elyas berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Elyas turut menyentuh kenyataan sesetengah pihak yang berhujah bahawa walaupun tidak bertudung mereka tetap menjadi individu yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak Nora Ariffin tidak lagi bertudung… “Keluarga cakap saya nampak cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Iman dah hujung-hujung, Kilafairy terfikir buka tudung

Kata Elyas, kebaikan dalaman tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan perintah syariat.

"Jadi berhentilah menggunakan ayat 'kalau saya bertudung pun hipokrit buat apa'. Ini bukan soal hipokrit, ini arahan Allah.

"Orang mengata atau tidak, kalau dah Allah yang suruh kita kena buat. Malah Rasullullah pun berpesan, sesiapa yang membuat sesuatu perkara untuk mencari keredaan Allah walaupun dengan marahnya manusia, Allah akan cukupkan keperluan dan kehidupannya itu.

"Tapi kalau dia sibuk sangat nak mencari reda manusia dengan murkanya Allah, maka Allah akan biarkan saja dia terumbang ambing dalam kehidupannya. Maka ingat, reda Allah paling utama bukan reda peminat (manusia)," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain