PENYANYI Ernie Zakri tidak dapat menghalang netizen sekiranya memilih untuk memboikot dirinya selepas menjadi pembawa dulang hantaran di majlis pernikahan Amira Othman dan Fattah Amin pada 14 September lalu.
Ernie atau Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, dia tidak merasakan kehadirannya termasuk selebriti lain di majlis tersebut dijadikan satu isu besar.
“Terpulang kepada merekalah, kalau mereka rasa ia adalah perkara yang betul untuk boikot, saya tak boleh nak halang.
Ernie (dua dari kiri) hanya memberikan sokongan terhadap sahabatnya mendirikan rumah tangga.
“Bukanlah saya cakap sebab nak sombong, takkan saya nak ambil telefon kata jangan boikot saya. Terpulang kepada mereka untuk sokong siapa yang mereka minat.
"Saya hanya datang majlis itu untuk menyokong kawan saya yang mendirikan rumah tangga tiada niat lain, hanya datang ke majlis yang Allah suka. Kalau nak boikot suka hatilah,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Ernie menjelaskan kehadirannya sebagai 'dulang girls' hanyalah atas dasar menyokong sahabatnya yang mendirikan rumah tangga tanpa sebarang niat lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Suka hati merekalah” - Nabila Razali malas ambil pusing isu boikot ‘dulang girls’
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ugut boikot, Anzalna dedah pengikut media sosial naik ‘mencanak’
Mengulas lanjut mengenai tindakan segelintir pihak yang terlalu cepat membuat penilaian tanpa mengetahui keseluruhan cerita sebenar, Ernie berkata setiap orang berhak untuk mempunyai pendapat dan cita rasa masing-masing.
“Masing-masing ada pendapat dan cita rasa mereka sendiri. Kadang-kadang apa yang kita komen dan kita sebelahkan pihak itu ini, kita sendiri tidak tahu cerita sepenuhnya pun.
“Saya hadir ke majlis itu dan menjadi dulang girls adalah sebagai meraikan kawan saya yang nak mendirikan rumah tangga. Pada akhirnya kisah mereka ke, apa-apa saja isu daripada mereka kita tidak tahu.
Ernie tidak dapat menghalang tindakan netizen di media sosial.
“Macam kelakar, bila kita tak pernah ada dalam kehidupan mereka, kita pula yang lebih tahu dan memilih untuk berada di pihak siapa. Pada saya benda itu agak kelakar sebab kadang-kadang suami saya sendiri tak tahu saya kentut,” ujarnya.
Sebelum ini, ada segelintir netizen berasa kurang senang apabila melihat beberapa selebriti tanah air menjadi pembawa dulang hantaran pada majlis pernikahan Fattah dan Amira.
Antaranya termasuk selebriti Nabila Razali dan Anzalna Nasir yang turut berdepan ugutan boikot.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube