PELAKON Liyana Jasmay tampil menberi respons terhadap teguran pendakwah bebas PU Syed berhubung penampilan seksinya.
Menurut Liyana, 37, dia tidak melenting atau berkecil hati dengan kritikan tersebut, sebaliknya menerima setiap pandangan dengan hati terbuka sebagai sebahagian daripada lumrah bergelar anak seni.
"Apa sahaja komen yang baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka.
Liyana tenang menerima teguran.
"Tidak pernah terdetik rasa marah atau sakit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang bagus akan berbalik semula kepada saya serta mereka yang mendoakan," katanya kepada mStar.
Liyana berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara ‘Secret Party Liyana Jasmay’ yang diadakan di Liberal Latte, Damansara pada Selasa.
Dalam pada itu, Liyana memberitahu dia hanya akan bersuara sekiranya kritikan dibuat melibatkan arwah kedua ibu dan bapanya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Takutlah pada Allah” - PU Syed tegur Liyana Jasmay, jangan sampai pikul dosa hingga kiamat
ARTIKEL BERKAITAN: Pakai skirt, baju seksi itu biasa... Liyana Jasmay terima teguran dengan hati terbuka
Tambahnya lagi, dia juga tidak membaca komen-komen di media sosial atau laporan di portal hiburan kerana mahu memberi fokus kepada urusan peribadi dan kerjaya seni.
"Siapa yang bercakap buruk pun, saya maafkan. Tolonglah tegur kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh fasal ibu bapa.
"Saya tidak baca sebarang komen dalam media sosial, itu hak mereka. Sebagai selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat.
Saya tidak mahu menghalang atau marah.
LIYANA JASMAY
PELAKON
“Jadi apa sahaja yang ingin katakan terpulang pada diri sendiri. Saya tidak mahu menghalang atau marah.
"Saya tidak baca komen netizen sebab saya ada banyak benda nak buat. Biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya (apa yang berlaku)," ujarnya.
Sebelum ini, Liyana berdepan kecaman hebat berikutan penampilannya yang dikatakan terlalu seksi, namun dia memilih untuk menerima setiap teguran netizen dengan hati terbuka.
PU Syed sebelum ini mengingatkan tentang hukum halal dan haram.
Liyana juga secara jujur mengakui dirinya memang gemar bergaya seksi, namun tetap menjadikan nasihat yang baik sebagai panduan untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
Susulan itu, kenyataan Liyana menerima respons daripada PU Syed yang mengingatkan tentang hukum halal dan haram serta menilai tindakan berlandaskan panduan agama.
Menurut Syed, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi setiap individu yang mengikutinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube