PELAWAK dan pelakon Sathia,61, reda dengan segala ujian yang menimpa dirinya selepas kaki kirinya terpaksa dipotong hingga paras lutut, Jumaat lalu.
Sathia yang kini menerima rawatan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur berkata, dia tidak berasa sedih dengan apa yang terjadi, sebaliknya kekal positif dan gembira.
"Saya gembira saja macha (panggilan untuk kawan). Kaki kiri saya terpaksa dipotong Jumaat lalu.
Sathia dalam keadaan baik selepas pembedahan.
"Saya yakin dengan keputusan dibuat pakar perubatan di sini. Mereka lebih tahu apa yang terbaik.
"Sekarang ini saya berada dalam keadaan baik. Selera makan pun okay saja,"katanya ketika dihubungi mStar.
Meskipun ujian yang berlaku mungkin sukar diterima oleh sesetengah individu, namun Sathiya tetap tenang kerana masih dikelilingi ahli keluarga dan sahabat.
"Saya sudah 42 tahun bergiat dalam industri kreatif. Saya okay saja.
ARTIKEL BERKAITAN: Sathia tetap ceria lepas hilang tiga jari kaki, masih gigih berlakon walaupun berkerusi roda
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu jari kaki Sathia terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman
"Saya ada isteri, anak-anak dan kawan-kawan yang sentiasa ada bersama,"katanya.
Sementara itu, anak sulungnya, Amani berkata, kaki kiri bapanya terpaksa dipotong kerana mengalami jangkitan kuman akibat saraf darah yang tidak lagi berfungsi.
"Rabu lepas kami datang hanya untuk rawatan cuci luka saja, tetapi doktor beritahu kaki ayah sudah bengkak dan saraf darah tidak lagi berfungsi di bahagian itu.
Ada tawaran dia akan tetap terima.
AMANI
ANAK SATHIYA
"Selepas melakukan ujian imbasan sinar X (X-ray), doktor memaklumkan kaki kiri ayah terpaksa dipotong segera,"katanya.
Ditanya mengenai penerimaan bapanya selepas kaki kiri dipotong, Amani berkata, bapanya begitu positif dan masih ingin meneruskan aktiviti seni seperti biasa.
"Sebelum menjalani pembedahan dia ada beritahu kami yang dia masih nak aktif dalam bidang seni.
"Katanya kalua ada tawaran dia akan tetap terima sebab pekerjaannya hanya memerlukan dia untuk menggunakan mulut walaupun serba kekurangan,"katanya.
Sathia sebelum ini kehilangan tiga jari kakinya.
Terdahulu, satu hantaran di Facebook sebuah portal berita memaparkan foto Sathia duduk di katil hospital dengan kaki kirinya sudah dipotong ke paras lutut.
Dalam temu bual bersamam media pada 25 Ogos lalu, Sathia memaklumkan kaki kirinya mungkin akan dipotong sekiranya kuman makin merebak.
Bagaimanapun pada 1 September lalu, Sathia memaklumkan kakinya tidak jadi dipotong.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube