SETELAH berdepan pengalaman pahit apabila beberapa karyanya disekat daripada ditayangkan, pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima akhirnya mengambil langkah berani dengan membangunkan aplikasi miliknya sendiri.
Aplikasi digital tersebut menjadi ruang eksklusif buat Erma atau Fatimah Rahmad Ali, 57, untuk menyampaikan mesej dan cerita yang sebelum ini gagal menemui penonton kerana sekatan kandungan.
Menurut Erma menyebarkan kisah sebenar kepada orang ramai dalam naskahnya serta memperjuangkan hak untuk memiliki dan mengawal isi kandungan karya sendiri adalah matlamatnya kini.
Erma mahu beri kelainan dalam drama terbitannya.
"Perjuangan pertama saya adalah saya nak rasa memiliki karya saya sendiri. Kedua, tentu banyak benda saya nak buat, tapi tak dapat.
"Banyak juga benda yang saya nak sampaikan kepada masyarakat kerana saya sangat percaya seni itu adalah platform terbaik untuk menyampaikan mesej.
"Tapi saya tak pernah berpeluang untuk memilih topik atau genre kisah yang didahagakan masyarakat di luar sana untuk dijadikan teladan. Aplikasi ini adalah peluang untuk kami, para pengkarya," katanya kepada mStar.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak tahu ke pondan itu ada akaun dark side jual dan promosi video berjimak dengan jantan” - Netizen persoal tindakan Erma Fatima ambil mak nyah berlakon
ARTIKEL BERKAITAN: Erma Fatima muak dengan kecaman netizen, tak tahu latar belakang pelakon transgender... “Saya bukan pengikut video seks”
Erma berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Ibu Aji yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Kata Erma, walaupun platform aplikasi tersebut memberikan kebebasan lebih luas kepada pengkarya, namun dia tetap menghormati garis panduan kandungan seperti yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Tambahnya setiap karya yang diterbitkan tetap berpaksikan etika stesen televisyen.
Aplikasi ini adalah peluang untuk kami, para pengkarya
ERMA FATIMA
PENGARAH/PENERBIT
"Memang ada peluang yang besar untuk lakukan apa saja dengan aplikasi ini tapi saya masih berpegang kepada LPF.
"Kalau kita langgar pun, kita akan langgar sikit seperti Pondan Ini yang tidak boleh ditayangkan di televisyen tapi saya percaya ada cerita yang akan disampaikan," kongsinya.
Berkongsi bagaimananya tercetus idea untuk menghasilkan aplikasi Karya Reels, Erma berkata ia bermula apabila diri sendiri terjebak dengan karya pendek di media sosial.
Erma bangunkan aplikasi yang memudahkan penonton.
Dia juga yakin aplikasinya itu juga akan mudah menjadi perhatian ramai sekiranya mengeluarkan cerita yang menarik perhatian penonton.
"Saya sendiri pernah terpedaya dengan beberapa short reels di TikTok dan media sosial kerana trend ini bukan perkara baru di Taiwan, China, Hollywood, mahupun Bollywood. Mereka sudah mulakan lama. Jadi saya antara yang terpedaya membayar dan membeli untuk menonton.
"Apabila saya sebagai pembikin filem pun boleh terpedaya, saya yakin ramai orang lain juga boleh terpedaya untuk menonton karya melalui aplikasi dan telefon kerana ia mudah, boleh dibawa ke mana-mana," luahnya
Sementara itu, menerusi aplikasi Karya Reels, penonton berpeluang menonton lebih banyak karya Erma yang merangkumi pelbagai genre dengan bayaran langganan RM10 sahaja.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube