PEMPENGARUH media sosial, Elcah akhirnya tampil membuka mulut mengenai hubungan persahabatannya dengan penyanyi Syada Amzah yang dikatakan telah retak akibat salah faham melibatkan isu peribadi.
Elcah atau Nuraien Adilla Hasha Akhbar, 29, berkata hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama bersama Syada mula renggang selepas satu insiden melibatkan pihak ketiga.
Dakwa Elcah, dia kecewa apabila Syada seolah-olah tidak memihak kepadanya dalam konflik rumah tangga yang sedang dihadapi.
"Sebenarnya apa yang berlaku antara saya dan 'best friend' (Syada) saya itu ada salah faham kerana dua-dua pihak ini saling berkawan. Cuma dia (Syada) kenal saya lebih lama.
Elcah (kiri) dan Syada berkawan baik sebelum ini.
"Bila saya bercerita dengan dia, tapi dia memihak kepada kawan dia yang lagi satu itu (merujuk orang ketiga).
"Saya macam terasalah, dia kata nak bagi saya bukti (kecurangan suami) tetapi dia nak saya selesaikan masalah rumah tangga dengan cara bercerai," katanya kepada mStar.
Elcah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Dewi Remaja 2025 yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara pada Rabu.
Menurut Elcah, sepanjang kemelut yang berlaku dia turut mengalami tekanan emosi sehingga menjejaskan kesihatan dan terpaksa menerima rawatan di hospital.
ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan berbaur fitnah terhadap Fattah Amin, mahkamah perintah pasangan pempengaruh buang hantaran media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa saman aku?” - Elcah dakwa ada video pengakuan
"Apa yang berlaku ini juga turut menjejaskan kesihatan mental saya sehingga menerima rawatan di hospital. Doktor kata ada masalah.
"Saya ditahan wad selama tiga hari. Saya agak tertekan sewaktu kontroversi ini berlaku," ujarnya.
Kata Elcah lagi, kontroversi itu turut memberi kesan besar terhadap kerjayanya, termasuk kehilangan peluang kerja dan kerugian yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.
"Saya tidak dinafikan kerja-kerja saya terganggu dan terpaksa batalkan komitmen tawaran yang ada.
Bila saya bercerita dengan dia, tapi dia memihak kepada kawan dia yang lagi satu itu (merujuk orang ketiga).
ELCAH
PEMPENGARUH MEDIA SOSIAL
"Kalau ikutkan job dengan kawan-kawan pun terjejas kerana mereka ingatkan saya ini pembawa masalah tetapi sebenarnya tak ada isu pun.
"Anggaran kerugian yang saya tanggung sekitar puluhan ribu ringgit. Tak mengapalah saya tak mahu besarkan cerita ini cuma saya harap kawan-kawan saya tahu cerita sebenar dan kami boleh bekerjasama lagi selepas ini," jelasnya.
Dalam masa sama, Elcah mengakui kini memilih untuk menjaga jarak daripada mana-mana individu yang memberi impak negatif dalam hidupnya.
"Setakat ini saya memang tidak mahu berkawan dengan mana-mana pihak yang boleh memberi impak dalam kehidupan saya.
"Saya memang cut off dan tidak menghubungi mereka lagi. Bila dah menginjak usia 30 tahun ini, saya baru dapat melihat luar dalam sahabat saya itu.
Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan Syada tidak berhasil apabila panggilan dibuat tidak dijawab.
Elcah kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan.
"Apa yang saya boleh nasihat, berapa lama pun anda berkawan, individu yang kita boleh percaya adalah pada keluarga sendiri," katanya.
Sebelum ini, suami kepada Elcah iaitu Afi Hamri atau Hafizuddin Hamri mendakwa Syada menghasut isterinya untuk bercerai selepas Afi didakwa berlaku curang.
Elcah bagaimanapun mempertahankan sahabat baiknya itu dan memberitahu Syada tidak terkait dalam masalah rumah tangga mereka sebaliknya menjadi orang tengah dalam pergaduhan bersama seorang individu digelar sebagai SA.
Pun begitu, pada Ogos lalu, Elcah hilang sabar dan memberi amaran terakhir kepada Syada yang dikatakan membuat panggilan kepada rakan-rakannya untuk menyebarkan fitnah mengenai keluarganya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube