TELITI dalam memilih tawaran kerja, pelakon dan penyanyi Erra Fazira secara baik akan menolak untuk terlibat dengan mana-mana produk yang dirasakan tidak bersesuaian.
Kata Erra atau Fazira Wan Chek, 51, dia sendiri akan memastikan sebarang kandungan promosi tidak keterlaluan atau menampilkan sesuatu yang bertentangan dengan imejnya.
"Content adalah antara syarat yang penting sebelum bekerjasama. Jika keterlaluan yang tidak sesuai dengan gaya atau imej, saya akan tolak. Saya tidak mahu disuruh buat sesuatu yang bukan diri sendiri.
Erra pastikan setiap penglibatannya memberikan impak.
"Itu bukan cara pembawaan saya. Bimbang nanti peminat terkejut pula melihat sesuatu yang berbeza dengan diri saya.
"Jadi lebih baik kita jelaskan segalanya terlebih dahulu sebelum bekerjasama. Saya kena kenal dan suka produk. Selain itu perlu sesuai dengan imej dan situasi semasa," katanya kepada mStar.
Erra ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu jenama Captain Dolphin yang berlangsung di Sepang pada Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: “Belum ada tarikh” - Erra Fazira
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nama kena petik kahwin rahsia, Erra Fazira tunggu kebenaran terdedah sendiri
Tambahnya keserasian dengan pemilik jenama juga merupakan satu aspek penting untuk menjadikan aturan kerja berjalan lancar.
Malah Erra juga mahu penglibatannya memberi manfaat kepada kepada kedua-dua pihak.
"Bayaran hanyalah sebagai 'pintu' untuk kerjasama. Selepas pintu dah terbuka, saya tiada masalah untuk memberi lebih lagi.
Erra hati-hati memilih tawaran kerja.
"Saya juga tidak akan lepas tangan. Kena ambil tahu impak yang saya berikan terhadap jualan. Kalau boleh biarlah kedua-dua pihak gembira," jelasnya.
Erra mula bekerjasama dengan jenama produk makanan Captain Dolphin sejak 2022 dan turut memberi sumbangan idea dalam penghasilan perisa baharu syarikat berkenaan.
Dalam satu majlis meraikan Erra sebagai duta selama tiga tahun, jenama tersebut turut memperkenalkan perisa baharu konjac jeli.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube