suria

Benang putih keluar daripada pusat, Aweera terkena gangguan sihir... Rasa malas nak kerja

Aweera mendedahkan pernah terkena gangguan sihir kira-kira 15 tahun lalu.

PENYANYI Aweera mendedahkan pernah menjadi mangsa gangguan sihir yang menyebabkan fizikalnya kurus dan susah untuk menambah berat badan. 

Hal ini membuatkan ramai pihak salah anggap bahawa Aweera atau Nasharul Aweera Norhissham, 34, mengambil bahan terlarang.

Kata Aweera, ketika itu dia cuba berubat secara perubatan Islam dan paling mengejutkan apabila benang putih keluar dari bahagian pusatnya. 

Aweera berkongsi pengalaman menerusi temu bual podcast di media sosial.

Tidak hanya itu, penyanyi berkenaan terpaksa menanggung sakit apabila pengamal perubatan cuba mengeluarkan benang tersebut sehingga darah mengalir keluar. 

"Sebenarnya kalauu ikutkan fizikal saya orang selalu cakap macam-macam, ada kata saya ambil barang terlarang. Mereka (netizen) tidak kenal saya. Saya makan banyak pun berat badan tak naik. 

"Saya cuba ikhtiar berubat perubatan Islam. Saya agak terkejut bila dimaklumkan terkena buatan orang. Pengalaman saya berubat yang paling ekstrem apabila benang warna putih keluar dari pusat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan pelik di IG buat peminat risau... Aweera masih ingat agama, tak terfikir cabut nyawa sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan tahun hidup single, Aweera masih mencari bakal isteri... Mahu wanita tak jemu mata memandang

"Ustaz suruh saya pegang bantal dan mengucap. Bila dia tarik benang itu macam kena hiris, keluar darah. Memang panjang benang itu," katanya. 

Aweera berkongsi perkara itu menerusi sebuah temu bual podcast yang dimuat naik di TikTok Ashhrapp Channel. 

Dalam pada itu, Aweera menjelaskan kejadian sihir yang dialaminya itu berlaku selepas dia keluar daripada program realiti One In A Million (OIAM) kira-kira 15 tahun lalu. 

Dia mengakui tidak terlalu terbuka berkongsi perkara ini kepada umum kerana bimbang ada pihak yang tidak mempercayainya.

Ramai menyangka Aweera mengambil bahan terlarang kerana fizikalnya yang kurus.

Ramai menyangka Aweera mengambil bahan terlarang kerana fizikalnya yang kurus. 

"Kejadian ini (disihir) sudah lama berlaku selepas saya keluar OIAM sebelum menganggotai kumpulan Mojo. 

"Saya jadi malas nak buat kerja, simptom sama saja. Bila nak pergi menyanyi saja sakit tetapi lepas habis persembahan menjeritlah macam mana pun saya okay. 

"Sebenarnya saya tidak mahu cerita fasal perkara ini pada netizen sebab ada yang percaya dan tidak. Terserah mereka," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain