suria

Zizi Kirana dengar bunyi letupan, kini dalam keadaan bersedia

Zizi menyaksikan sendiri berlaku letupan ketika dalam pelayaran. 

BERKONGSI perkembangan terkini misi Global Sumud Flotilla (GSF), penyanyi Zizi Kirana memberitahu dia sendiri menyaksikan berlaku letupan ketika dalam pelayaran. 

Kata Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, ia susulan berlaku serangan dron ketika dia bersama anggota misi kini semakin hampir menuju ke perairan Gaza. 

"GSF sendiri dah umumkan kapal didatangi lebih kurang 15 dron dan ada berlaku letupan. 

Zizi berkongsi perkembangan terkini menerusi Threads miliknya.

"Ia seakan sejenis gun powder. Saya sendiri dengar bunyi itu," katanya. 

Zizi berkongsi perkara itu dalam satu video yang dimuat naik di laman Threads miliknya pada awal pagi Rabu. 

Tambahnya mereka kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahu bila balik, Zizi Kirana lupa dirinya penyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana menghampiri ‘red zone’, semakin berdebar selepas tiba di Tunisia

Dia juga tanpa henti terus mengharapkan doa dan sokongan orang ramai untuk menghabiskan misi membuka sekatan bantuan untuk rakyat di Gaza. 

"Sedikit update dari kapa Huga, kami kini dalam keadaan bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan. Harap semoga semua baik-baik sahaja. 

"Saya minta semua yang berhenti berdoa. Jangan henti sebarkan tentang misi GSF," luahnya. 

Zizi kini dalam perjalanan memasuki perairan Gaza bagi meneruskan misi GSF menghentikan sekatan terhadap rakyat di sana dengan menghantar bantuan. 

Sebanyak 53 buah kapal menuju ke sana yang turut disertai aktiviti dari 45 negara. 

Zizi antara sembilan delegasi Malaysia dan dia menaiki kapal bernama Huga yang mana semuanya adalah kaum wanita. 

Dia memulakan perjalanan ke Sepanyol pada 31 Ogos lalu sebelum disertai oleh aktivis kemanusiaan dari negara lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain