MAYAT lelaki yang ditemukan di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah pada Rabu merupakan pengarah animasi Ejen Ali yang dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Hairi Otuh, mengesahkan perkara itu memaklumkan pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan pada petang Selasa.
"Mangsa kemudian ditemui pasukan penyelamat di tepi sungai berhampiran lokasi dipercayai hilang," katanya.
Andi (kiri) merupakan pengarah animasi Ejen Ali.
Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas dia terjun dari atas jambatan di kawasan berkenaan.
Mangsa bersama isterinya sebelum itu terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tawau menunju ke Kota Kinabalu.
Kereta dipandu isteri Andi hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum pengarah berkenaan bertindak keluar kereta dan terjun ke dalam sungai.
ARTIKEL BERKAITAN: Kutip RM15.3 juta dalam 4 hari, ‘Ejen Ali The Movie 2’ bukti filem animasi tempatan semakin hebat
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ejen Ali The Movie 2’ kutip RM40.6 juta dalam masa 13 hari tayangan, filem animasi nombor satu di Malaysia
Sementara itu, berkongsi berita sedih, individu dikenali sebagai Yuesran Muhamad Salleh memberitahu Andi dan isterinya baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada 16 September lalu.
Sebagai individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan perancangan majlis perkahwinan itu, Yuesran memberitahu dia terkejut menerima berita tersebut.
"Baru-baru ini pada 16 September dia (Andi) baru saja melangsungkan perkahwinan menggunakan khidmat kami.
"Baru saja seminggu kahwin, itu yang membuatkan kami semua rasa terkesan dengan berita pemergian ini," katanya ketika dihubungi mStar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube