suria

Beshetik hidap leukemia, Zara Zya mahu belajar cara jaga kucing sakit

Zara minta pandangan orang ramai cara menjaga Beshetik.

KUCING kesayangan pelakon Zara Zya yang dikenali sebagai Beshetik disahkan menghidap penyakit leukemia (FeLV).

Khabar itu dikongsikan sendiri oleh Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam kesedihan pelakon itu juga reda dan kuat kerana sedar haiwan peliharaannya itu memerlukan penjagaan rapi selepas ini. 

“Baru dapat tahu hari ini, kucing kesayangan saya Beshetik ada leukemia (FeLV).

Zara sering berkongsi gelagat Beshetik di Instagram. 

“Memang sedih bila dengar... tapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya," katanya.

Zara turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya memeluk Beshetik.

Bimbang dengan keadaan haiwan peliharaannya, Zara juga meminta nasihat orang ramai untuk merawat kucingnya.

Difahamkan, Beshetik kini sudah berusia 11 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap dah lama tak bersedekah, Zara Zya reda duit lesap selepas lupa ambil di mesin ATM 

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka pakai susuk, Zara Zya pening nak jawab soalan doktor... Siap pasang zikir

Malah dia berjanji untuk terus menjaga Beshetik dengan kasih sayang.

“Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ini?

“Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit. Doakan Beshetik ya," luahnya.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesembuhan Beshetik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain