PELAWAK Achey meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir netizen yang menuduh dirinya menggunakan anak untuk meraih perhatian selepas dikatakan sudah tidak relevan dalam industri hiburan.
Menerusi rakaman video tular di TikTok, Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 39, tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata selepas membaca komen tersebut.
Achey bagaimanapun tidak menafikan bahawa kerjaya seninya kini tidak semeriah dahulu, namun menegaskan bahawa kecaman yang melibatkan anak dan isterinya adalah sesuatu yang melampau.
Achey kesal dengan tanggapan negatif sesetengah pihak.
“Ya, betul memang tengah sendu. Jangan buat akaun palsu semata-mata nak beri komen yang tidak baik kepada saya.
“Saya tiada masalah kalau kalian nak kecam saya tetapi kalau kecam anak dan isteri, saya pun terasa,” katanya.
Achey berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di aplikasi TikTok miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tumpang aura anak, air mata Achey gugur beri ucapan ulang tahun Tiara
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah pembelajaran bukan alasan, anak Achey dapat 6A dalam peperiksaan
Dalam pada itu, Achey turut menegaskan bahawa dia tidak pernah memaksa anaknya untuk terus berada di hadapan kamera atau berniaga selepas kejayaan singkat produk ‘Tiara Candy’ sebelum ini.
“Saya paling tidak tahan kalau orang kecam anak saya. Anak saya tidak tahu apa-apa. Sampai sekarang orang cakap saya makan duit anak saya.
Achey dan isteri sentiasa menyokong minat Tiara.
“Kalau kalian cakap saya tumpang rezeki anak saya, memang betul saya tumpang rezeki dia.
“Selepas Tiara Candy meletop, kalian ada nampak ke saya suruh dia berniaga lagi? Tiada kan? Saya juga yang meniaga,” ujarnya.
Untuk rekod, Achey dan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat selepas kanak-kanak itu dilahirkan pada 2018.
@mstarmalaysia Achey sedih dikata sendu, dituduh makan duit anak. Anggap diri tak layak jadi duta! #beritaditiktok #fyp #sembangentertainment #viral Emotional Sad Dramatic Sorrow - Fred Bouchal
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube