suria

[V] Risau terpesong akidah, Ellie Suriaty minta maaf bawa watak ketua ajaran sesat

PELAKON Ellie Suriaty tidak pernah mengambil ringan setiap kali melakonkan watak mencabar terutama apabila terpaksa membawa peranan sebagai ketua ajaran sesat menerusi drama Ibu Aji.

Bimbang tersasar akidah, Ellie, 55, berkata dia sentiasa mengamalkan doa dan memohon keampunan sebelum melangkah ke set penggambaran.

"Setiap kali saya masuk set, saya akan berdoa dan minta maaf kepada Allah SWT berulang kali. Saya juga minta kelancaran kata-kata, pemikiran dan penyampaian.

Ellie mahu sampaikan watak dengan baik.

"Walaupun saya melakonkan watak ajaran sesat tapi Allah tahu niat sebenar saya ini untuk menjadi cermin supaya orang ramai tidak menjadi mangsa scam atau penipuan," katanya kepada mStar.

Ellie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Ibu Aji yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Menurut Ellie, doa yang dibacanya kadang kala terlalu panjang sehingga mengambil masa sepanjang perjalanan dari rumah ke lokasi penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty kongsi ilmu percuma, Maya Karin pernah kejar nak beri bayaran

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty tak fikir panjang terima tawaran, sanggup berkemban demi watak ‘Juwita’

Jelasnya, tindakan itu diambil kerana enggan terasa tidak mampu menyampaikan watak dengan baik.

"Setiap kali saya ada watak seperti ini memang akan berdoa panjang, boleh jadi dari saya masuk van ketika diambil pemandu. Saya akan berdoa dalam hati dan pemandu akan selalu tengok saya angkat tangan sampai set penggambaran.

"Bila tiba di set saya juga akan jalan diam-diam tanpa bercakap dengan orang kerana doa saya tak habis lagi. Baru saya lapang dada untuk teruskan kerja.

"Kalau tidak saya akan rasa tersekat dan ia tak boleh lepas, itu gunanya untuk berdoa dulu," katanya lagi.

Saya terima watak ini bukan untuk dapat kecaman.

ELLIE SURIATY

PELAKON

Katanya watak Ibu Aji digambarkan sebagai individu licik yang bijak mempengaruhi orang ramai sekali gus perlu menyampaikan peranan itu dengan penuh keyakinan.

"Tak boleh nampak tak selesa kerana dia (Ibu Aji) scam paling licik. Watak ini harus nampak berkarisma dan menyakinkan kerana itu adalah cara dia menarik perhatian orang," luahnya.

Dalam pada itu, Ellie juga memberitahu dia sudah bersedia dengan kecaman orang ramai dengan hasil lakonannya di dalam filem berkenaan.

Tambahnya lagi, dia menerima watak berkenaan bukan untuk menjadi bahan kecaman sebaliknya mengetahui ia adalah tanggungjawab dalam memberi kesedaran kepada orang ramai.

Ibu Aji hanya boleh ditonton di Karya Reels.

"Saya tahu cerita ini akan kena kecam, bukan kerana saya suka kecam tapi saya ini pelakon dan tidak lepas daripada kecaman.

"Saya terima watak ini bukan untuk dapat kecaman tapi sebab rasa tanggungjawab itu lebih besar. Antara saya dan netizen lebih baik saya yang bawa watak ini berbanding mereka," jelasnya.

Ibu Aji yang diarahkan oleh Amor Rizan turut menampilan pelakon seperti Fazlina Ahmad Daud, Irsyadi Noor, dan ramai lagi.

Filem Ibu Aji boleh ditonton di platfrom Karya Reels yang baharu sahaja dilancarkan pada 23 September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain