suria

A. Aida masuk ICU

A. Aida kini menerima rawatan di ICU.

PENERBIT Datuk A. Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis. 

Berita itu disahkan sendiri oleh sahabat baiknya yang juga merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 

"Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat mendoakan sahabat saya Datuk A. Aida yang sekarang ini berada di ICU sebuah hospital di ibu negara. 

"Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan," katanya. 

Izhar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Usaha mStar mendapatkan kenyataan lanjut daripada Izhar tidak berhasil apabila panggilan dibuat tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain