suria

A Aida terpaksa ditidurkan, tiba-tiba rebah selepas rawatan fisioterapi... “Keadaannya tidak stabil di ICU”

A. Aida rebah sebelum dimasukkan ke ICU.

PENERBIT A. Aida dilaporkan rebah selepas menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Menurut rakan baiknya yang juga Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Selasa lalu A Aida menjalani pembedahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba rebah selepas sesi rawatan itu dilakukan.

"Dua hari lepas, A. Aida ada menjalani pembedahan kedua-dua lututnya. Semalam dia okay saja, sihat tak ada masalah.

Izhar (kanan) memaklumkan keadaan terkini A. Aida di hospital.

"Bagaimanapun pagi tadi sewaktu melakukan rawatan fisioterapi tiba-tiba dia rebah dan muntah.

"Bila dia muntah, dia macam nak jatuh dan kakitangan hospital membawanya ke katil, tapi tiba-tiba tekanan darahnya menurun.

"Sementara nak tunggu doktor tiba, dia sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: A. Aida masuk ICU

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah cukup dikenali” – A Aida tepis tuduhan netizen mulut ‘longkang’, tiada niat cari publisiti

Menurut Izhar, A Aida yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berada dalam pemantauan doktor dan punca sebenar masalah kesihatan yang dialami belum dikenal pasti.

"Apa yang saya boleh kongsikan, dia (A. Aida) sekarang ini berada dalam pemantauan doktor. Itu saja yang saya boleh cakap.

"Nak kata stabil atau tidak hanya doktor yang tahu. Cuma sekarang ini dia masih tidak sedar kerana terpaksa ditidurkan.

Pagi tadi sewaktu melakukan rawatan fisioterapi tiba-tiba dia rebah dan muntah.

PROFESOR DATUK DR MOHD IZHAR ARIFF MOHD KASHIM

SAHABAT A. AIDA

"Doktor juga belum mengetahui punca sebenar masalah kesihatan yang dialami A. Aida dan tidak boleh buat apa-apa prosedur sebab dia kena ditidurkan dulu kerana keadaanya tidak stabil," ujarnya.

Sebelum ini, Izhar memaklumkan A. Aida atau Zaidah Awang, 55, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Tidak berkongsi lanjut mengenai punca sebenar, Izhar memohon orang ramai mendoakan sahabat baiknya itu agar diberikan kesembuhan segera.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain