suria

Intan Najuwa tuntut pereka terkenal bayar duit pinjaman cecah jutaan ringgit, tak teragak-agak dedah identiti sebenar

Intan menuntut pereka terkenal untuk melunaskan hutang.

PELAKON Datin Intan Najuwa hilang sabar selepas individu yang dipercayai seorang pereka terkenal gagal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bertulis. 

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, berkata, pada awalnya pereka itu merayu bantuan pinjaman kewangan dengan pelbagai janji manis, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk membayar semula jumlah tersebut. 

Malah, Intan menyifatkan sikap individu terbabit sebagai tidak bertanggungjawab kerana mempamerkan gaya hidup mewah sedangkan hutang masih tidak diselesaikan. 

Perkongsian Intan yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Intan yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Ada seorang pereka fesyen ini, masa perlukan pinjaman nak kita (Intan) melabur janji manis bukan main. Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian hitam putih, jumlah yang dipersetujui tiba-tiba jadi ular pandai putar belit. Kalau sikit tak apa, berjuta ya jumlahnya.

"Kelakarkan, hidup senang tayang mewah sana sini, kereta, bercuti tapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tak boleh. 

"Kekayaan sebenar bukan apa yang ditunjuk tetapi bagaimana kita hormat janji dan amanah. Tak sabar nak dedahkan siapa orangnya," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Foto suami didakwa guna ‘filter’ untuk nampak muda, Intan Najuwa ‘sound’ netizen sibuk cari salah

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Khamis. 

Menurut Intan, dia memilih untuk merahsiakan identiti individu berkenaan daripada umum demi menjaga privasi dan mengelakkan sebarang kontroversi.

Namun, selepas bertahun bersabar dan berusaha menyelesaikan perkara itu secara baik, aktres berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk bersuara.

"Sejujurnya, saya tidak merancang untuk berkongsi di media sosial. Daripada mula lagi saya mahu tenang, tiada drama dan sudah tentu tidak mahu perkara ini menjadi lebih teruk. 

"Tetapi perkara ini sudah berlalu selama bertahun lamanya. Saya sudah melabur dalam banyak perniagaan semuanya tiada masalah. 

Intan tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti individu terbabit.

Intan tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti individu terbabit.

"Tapi kali ini paling sukar. Bila perlu bayar balik macam-macam cerita dipusing seperti kami tidak tahu tentang undang-undang, lebih-lebih lagi ia sudah tertulis dalam perjanjian kontrak," ujarnya. 

Intan bagaimanapun menegaskan bahawa rasa hormat terhadap individu terbabit telah hilang sepenuhnya dan dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti sebenar jika perkara ini terus berlarutan.

"Ia sangat melampau. Kali ini rasa hormat saya sudah hilang. Sekali kepercayaan itu sudah pudar, anda tidak boleh 'membelinya' semula walaupun cuba untuk menunjukkan kehidupan mewah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

A. Aida masuk ICU

Artikel Lain